Motosikal

PRA-TEMPAHAN 6 MODEL BAHARU SUZUKI KINI DIBUKA. BOLEH BELI KATANA, V-STROM 750XT & GSX-R1000R!

Kembalinya jenama motosikal Suzuki ke pasaran Malaysia bukanlah satu berita baru. Pihak Suzuki Malaysia sudahpun mengumumkan mengenai sejak tahun lepas lagi, tetapi tidak banyak perkembangan yang boleh dilihat. 

Ia mungkin disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membuatkan banyak perancangan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. 

Tetapi kini ada berita baik buat para peminat jentera dua roda Suzuki. Ini kerana pengedarnya, Wah Motor Superbikes mengumumkan ia sudah membuka pra-tempahan kepada mereka yang berminat. Pengumuman yang dibuat menerusi laman Facebook itu menyenaraikan enam model yang sudah boleh ditempah. 

Model itu termasuklah Suzuki SV650, Suzuki GSX-S750, Suzuki V-Strom 750XT, Suzuki  GSX-R1000, Suzuki GSX-R1000R dan Suzuki Katana. Biarpun begitu, senarai tersebut mungkin sedikit menghampakan mereka yang sekian lama menunggu model bersesaran kecil seperti GSX0R150 dan Belang 150 yang telah diumumkan sebelum ini.

Semua motosikal itu juga hadir bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

Apa pun, ini merupakan satu perkembangan positif buat jenama Suzuki di Malaysia. Saya yakin, model-model lain akan menyusul nanti. 

Google ads
Back to top button