Buletin

SUZUKI BAKAL LANCAR VERSI MURAH JIMNY LITE DI AUSTRALIA OGOS DEPAN

Suzuki mengumumkan bahawa ia akan menawarkan model lebih murah, Suzuki Jimny Lite ke pasaran Australia. 

Walaupun masih tidak diketahui berapa unit akan ditawarkan di sana, namun ia bakal mengurangkan tempoh menunggu buat para pelanggan yang kini mencecah enam hingga lapan bulan. 

Seperti namanya, model asas tersebut menerima perubahan yang agak banyak pada bahagian dalaman dan luaran. 

Antara yang paling ketara ialah penggunaan rim besi besi yang menggantikan rim aloi bersaiz 15 inci. SUV kecil itu juga dipasang dengan perumah cermin sisi plastik berwarna hita, lampu projektor halogen dan tiada lampu kabus. 

Jimny Lite hanya menerima pemain radio/cakera padat asas, berbanding paparan infohibur bersaiz 7 inci pada varian lebih mahal. Sistem pendingin hawa pula dikawal secara manual. 

Ia bagaimanapun masih dibekalkan dengan enjin empat silinder bersesaran 1.5 liter yang mampu manjana 101hp dan tork 130NM. Kuasa itu kemudian disalurkan ke sistem pacuan empat roda melalui kotak gear manual lima kelajuan. 

Biarpun pengeluaran Jimny rancak di India, Jimny Lite bagaimanapun akan dihasilkan di Jepun. Harganya akan diumumkan pada 1 Ogos depan. 

GALERI

Google ads
Back to top button