Buletin

PRODUKSI CIVIC 2016 BERMULA

Tanggal 20 Oktober, bermulanya pengeluaran global besar-besaran Honda Civic 2016. Model tersebut dikeluarkan di kilang utama Civic, Honda Kanada Mfg. (HCM), Alliston, Ontario. Civic 2016 dijadual dipasarkan ke seluruh Amerika Syarikat dan Kanada bermula 10 November.

Honda-Civic_2016_mekanika (1)

Generasi ke 10 Civic serba baharu itu dikatakan model pembuatan semula paling berprestij dalam sejarah 43 tahun Civic. Civic adalah model Honda paling laris di peringkat global.

Model Civic  itu adalah yang pertama menawarkan versi sedan, coupe, prestasi tinggi Si, hatchback lima pintu dan Civic Type-R bagi pasaran Amerika Utara.

Honda-Civic_2016_mekanika (4)

Bersandarkan kepada reka bentuk dramatik dan sporty, Civic 2016 kini dijana oleh enjin baharu dengan dua pilihan enjin, termasuklah enjin dengan teknologi pengecas turbo Honda. Enjin berkuasa itu menawarkan tindak balas yang responsif dan sporty. Dengan kecekapan bahan api di tahap terbaik.

Honda-Civic_2016_mekanika (3)

Honda menjadi pemain automotif Jepun yang pertama mengeluarkan kereta di Amerika Syarikat pada 1982 dengan pembukaan kilang Marysville, Ohio dan memulakan pengeluaran kenderaan di Alliston, Ontario pada 1986.

Dengan lebih 4,000 buah syarikat bersekutu, HCM menawarkan kapasiti pengeluaran 390,00 unit Civic dan CR-V setahun. Pengeluaran berkenaan dipasarkan di Amerika Utara dan global. HCM turut menghasilkan 240,000 unit enjin empat silinder setahun.

Honda-Civic_2016_mekanika (7)

Presiden Honda Canada Mfg, Dan Smith berkata pengenalan Civic 2016 menetapkan satu tanda aras baharu bagi kelas kompak.

“Ia menawarkan pemanduan berprestasi, kecekapan bahan api dan ciri keselamatan bersama kualiti buatan yang lebih halus.

Honda-Civic_2016_mekanika (5)

“Pasukan kami juga menetapkan satu penanda aras baharu sebagai kilang induk melancarkan Civic di peringkat global. Kami komited menghasilkan Civic berkualiti bertaraf dunia untuk pelanggan,” katanya.

Kilang HCM bukan sahaja menjadi kilang pertama di dunia yang melancarkan Civic. Malah bertanggungjawab membangunkan proses penghasilan dan teknologi yang akan membentuk asas pembuatan pengeluaran Civic di 11 kilang Honda di seluruh dunia.

Honda-Civic_2016_mekanika (6)

Hari bersejarah itu juga menandakan pelaburan signifikan Honda sebanyak AS$857 juta selama tiga tahun membangunkan kemudahan baharu di kilang berkenaan. Selain Alliston, Civic baharu turut dikeluarkan di Greensburg, Indiana.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button