
TMS 2015 – IMEJ KLASIK YAMAHA RESONATOR 125
Dengan tema “Yamaha Motor Product Orchestra”, pengeluar motosikal terkemuka dari Jepun, Yamaha Motor Co. mempamerkan 20 buah jentera.
Ia terdiri daripada motosikal, basikal, di samping model tiga dan empat tayar. Namun, apa yang paling menarik perhatian pastinya model yang berinspirasi rekaan klasik, Yamaha Resonator 125.
Model konsep gaya hidup itu dibina untuk golongan muda yang teringin menunggang motosikal. Resonator 125 memiliki chasis yang ringan, kurus dan kompak. Sementara panel intrumennya pula tidak jauh berbeza daripada skrin telefon pintar yang inovatif dan seronok untuk dioperasi.
Menggabungkan rekaan klasik dengan teknologi moden, motosikal ini memang mempunyai tarikan tersendiri. Elemen kayu yang biasanya digunakan pada gitar dipasang di tangki, bahagian belakang tempat duduk, peredam ekzos dan penutup tangki minyak.
Kemasan kayu itu dihasilkan dengan kerjasama Yamaha Musical Products dan Yamaha Fine Technologies.
Resonator 125 dikuasakan oleh enjin empat lejang dengan sistem penyejukan udara silinder tungggal dan pancitan bahan api.
Kredit foto: Ken Ishii/Getty Images for Yamaha Motor Ltd.










