Buletin

PROMOSI DURIAN BIRU VOLKSWAGEN KINI BERMULA – TERIMA BAUCAR MINYAK TAMBAHAN RM2K

Sambutan “Togetherness” Volkswagen diteruskan dengan program Rumah Terbuka Raya di semua pengedarnya di seluruh negara pada 22 Jun, Sabtu, mulai jam 11am hingga 5pm.

Para pengunjung berpeluang memandu uji model-model Volkswagen, selain merebut tawaran jualan dan selepas jualan sempena Hari Raya.

VGM LANCAR KEMUDAHAN 3S DI MELAKA

Pelanggan yang membuat tempahan pada hari itu akan menerima baucar minyak tambahan sebanyak RM2,000 di samping promosi baucar minyak RM1,000 sedia ada, sekali gus menjadikan jumlahnya sebanyak RM3,000. 

Promosi ini hanya sah ke atas tempahan yang dibuat pada 22 Jun dan bagi kenderaan yang didaftarkan sehingga 30 Jun 2019.

Banyak yang ditawarkan pada majlis Rumah Terbuka ini – nikmati hidangan Raya, durian yang lazat dan ambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, pelanggan yang layak boleh menikmati program Volkswagen Care Plus secara percuma.

Program Blue Durian sememangnya sinonim dengan Rumah Terbuka Hari Raya Volkswagen di seluruh negara dan akan membuat penampilan khas pada hari berkenaan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berselfie dengan Raja Buah berwarna biru ini. Jangan lupa hashtag #VWDurian dan #VolkswagenMalaysia!

Promosi Selepas Jualan yang sedang berlangsung sekarang

Pendingin hawa

Para pemilik kenderaan Volkswagen dijemput untuk menjalani pemeriksaan pendingin hawa secara percuma di pusat-pusat servis Volkswagen.

Mereka yang perlu menyelenggara atau menukar penapis pendingin hawa akan menerima diskaun tambahan sebanyak 20% sebagai sebahagian daripada promosi yang sah sehingga 30 Jun depan.

Tayar

Sebagai sebahagian daripada promosi yang sedang berlangsung dan telah dilanjutkan sehingga akhir tahun, tayar Continental boleh didapati pada harga bermula RM184.

Pemilik juga akan menerima manfaat tambahan seperti pemasangan, penjajaran dan seimbangan secara percuma, bergantung kepada pakej tayar yang berbeza.

Bateri

Pelanggan yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk bateri baharu berharga bermula RM365, bergantung kepada model di bawah promosi bateri yang sedang berlangsung sekarang dan telah dilanjutkan sehingga hujung tahun ini.

Semua kenderaan Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan perbatuan tanpa had dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Untuk layak menerima manfaat kempen ini, tempahan kenderaan mestilah dibuat dalam tempoh promosi, tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.

Maklumat lanjut, kunjungi bilik pameran Volkswagen atau layari laman web: www.volkswagen.com.my 

Google ads
Back to top button