
NAK CARI KERETA BALIK RAYA? NI, HAVAL ADA REBAT & INSURANS PUN PERCUMA
Go Auto Sales Sdn Bhd, pengedar eksklusif SUV Haval di Malaysia melancarkan kempen promosi jualan untuk bulan April.
Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan tak lama lagi pelanggan yang berminat boleh mendapatkan promosi terkini dengan rebat RM3,000 berserta polisi insurans percuma.
“Sebagai salah satu langkah menawarkan pembeli Malaysia SUV yang mampu milik, kami menawarkan polisi perlindungan insurans secara percuma dan juga diskaun tambahan sebanyak RM3,000 bagi kedua-dua model Haval H1 dan H2,” ujar Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal, Pengurus Eksekutif Kumpulan Go Auto.
BACA: GILA! HAVAL BAGI JAMINAN 7 TAHUN!
Sempena promosi ini, Haval Malaysia juga akan mengadakan roadshow yang bermula di AEON Mall Shah Alam bermula 24 hingga 29 April 2018. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik ditawarkan kepada pengunjung.
Lokasi-lokasi pameran lain yang dikenalpasti termasuklah di bahagian Utara, Selatan, Pantai Timur dan Sabah, Sarawak yang akan diumumkan tak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian khidmat pelanggan 03-5569 7332 atau email ke customercare@goauto.com.my.
Maklumat juga boleh diperolehi dari laman web www.haval.my atau saluran media sosial Facebook www.facebook.com/havalmy atau instagram www.instagram.com/havalmy.
[pro_ad_display_adzone id=”76356″]