Buletin

PROMOSI RAYA 2019 MITSUBISHI MOTORS – DAPATKAN REBAT TUNAI SEHINGGA RM4,000

Balik kampung dengan bergaya pada Hari Raya kali ini kerana Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan promosi menarik. 

Promosi Raya Mitsubishi Motors sah bermula hari ini hingga 31 Mei 2019. 

Pelanggan yang membeli dan menempah sebuah Outlander 2.0 liter atau 2.4 liter akan menikmati rebat tunai sehingga RM4,000. Outlander 2.0 liter ditawarkan pada harga RM137,888 seunit, manakala Outlander 2.4L berharga RM152,888.

Sebagai sebuah kenderaan keluarga, Outlander amat mementingkan aspek keselamatan. Sebab itulah SUV tujuh tempat duduk itu dilengkapi sistem pacuan 4 roda, tujuh beg udara, ABS, EBD, Brake Assist, Active

Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist (HSA) dan cagak ISOFIX sebagai ciri standard. 

Mitsubishi ASX 4WD dan 2WD pula hadir dengan rebat tunai sehingga RM4,000. ASX 4WD berharga RM133,336 dan ASX 2WD boleh anda miliki pada harga RM118, 866 seunit. 

Outlender dan ASX didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. 

Pembeli trak pikap Triton pula diberi rebat sehingga RM6,000. Promosi Raya Triton adalah seperti berikut:

Tawaran Servis

Bermula  2 Mei hingga 15 Jun pelanggan Mitsubishi yang menyelenggara kenderaan mereka di mana-mana pusat servis sah Mitsubishi layak menerima hadiah eksklusif Raya seperti di bawah: 

Pelangan juga akan menerima eVoucher tambahan sebanyak RM20 (sah untuk servis seterusnya), jika mereka servis kdeneraan dan mencadangkan kawan-kawan memandu uji mana-mana kereta Mitsubishi sepanjang kempen servis hari Raya berlangsung.

Tags
Google ads
Back to top button