Buletin

PROTON COMMERCE JANGKA PENINGKATAN PINJAMAN KENDERAAN PADA Q4 2020

Syarikat pembiayaan automotif dalaman PROTON, Proton Commerce Sdn. Bhd. (PCSB) menjangkakan pinjaman sewa beli kenderaan akan terus meningkat pada suku terakhir 2020.

Syarikat usaha sama antara Proton Edar dan CIMB Bank Berhad yang diasaskan pada 2003 itu  menawarkan pakej pinjaman pada kadar kompetitif serta pemprosesan pinjaman pantas untuk pembeli kereta Proton.

Pakej rangsangan PENJANA yang memberi pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2020 dan permintaan ke atas Proton X50 bakal menjadi pemangkin kepada peningkatan pinjaman sewa-beli. 

Sepanjang tiga tahun kewangan (FY2017- FY2019), industri sewa beli kenderaan mengalami kadar peningkatan sekitar  1 hingga 2 peratus,  selari dengan peningkatan jumlah keseluruhan industri (TIV) dalam negara.

Namun dalam enam bulan pertama 2020, industri automotif menyusut hampir 1 peratus berikutan penularan wabak COVID-19. Biarpun begitu, aset pinjaman Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (Compound Annual Growth Rate) PCSB kekal pada 25% dari tahun kewangan 2019 sehingga kini. 

Pada Julai 2020, PCSB mencatat peningkatan tinggi dalam sejarah apabila jumlah pinjaman yang dikeluarkan dan jumlah kontrak merangkumi 15 peratus daripada jumlah jualan PROTON dalam bulan tersebut.

Kejayaan ini dapat dicapai bukan hanya kerana kadar pinjaman kompetitif PCSB, tetapi disebabkan peningkatan jualan kenderaan Proton secara keseluruhannya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan. 

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan jualan pada suku terakhir 2020 termasuklah pengurangan Kadar-Dasar-Semalaman (Overnight Policy Rate) oleh Bank Negara.

Ini membolehkan PCSB menawarkan harga kompetitif kepada pelanggan. PCSB kini menawarkan kadar pinjaman 2.19 peratus untuk Proton X70, antara yang terendah atau sama dengan institusi kewangan lain di pasaran.

Google ads
Back to top button