
PROTON ‘OTAI’ SAGA DAH TERJUAL 1.9 JUTA UNIT SEJAK 1985
Pada bulan September 1985 terpahat sejarah dalam industri permotoran negara.
Ia merupakan tahun ‘kelahiran’ kereta nasional pertama yang diberi nama PROTON Saga.
Saga bukanlah nama biji saga yang mudah didapati di dalam negara. Mesti ramai yang ingat saga tu biji saga kan.

Bagaimanapun, ia membawa maksud tersendiri yang menterjemahkan kehebatan produk nasional.
Terjemahan SAGA berbunyi S = Safety (Keselamatan), A = Achievement (Pencapaian), G = Greatness (Keagungan) dan A= Ability (Kebolehan).
Justeru, tidak hairanlah model Saga terus menjadi pilihan rakyat negara ini sehingga kini.

Apa yang lebih menarik, biarpun zaman berlalu, model Saga telah terjual mencecah 1.9 juta unit dan masih terus mengeluarkan produksi dalam memenuhi permintaan para pelanggan.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata model Saga terjual lebih 1.9 juta unit pada lebih dari 28 pasaran di seluruh dunia.

“Bahkan, model Saga terbaharu dilancarkan pada 6 Ogos 2019 yang menampilkan rekaan lebih berani dan sporty terus mendapat permintaan daripada para pelanggan.
“Ia terbukti apabila negara berdepan pandemik, model berkenaan mencatatkan jualan 123,512 unit dalam tempoh 32 bulan,” katanya.

Beliau menjelaskan pengenalan PROTON Saga 2022 akan meneruskan legasi jenama berkenaan.
“Dengan adanya kemaskini terbaharu ini, ia memperluaskan lagi warisan model terlaris PROTON untuk pemandu dari semua peringkat umur dan latar belakang.
“Kami yakin nama Saga akan terus berkembang maju untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.
- BACA: PROTON LANCAR SAGA 2022. 4 VARIAN, 5 WARNA PILIHAN. HARGA BERMULA RM34,400
- BACA: REKAAN KONSEP RETRO-MODEN PROTON SAGA KNIGHT DIDEDAHKAN. MENGIMBAU KENANGAN SUNGGUH!
- BACA: PROTON SAGA BLACK KNIGHT JUARA HAGERTY FESTIVAL OF THE UNEXCEPTIONAL 2021
- BACA: JUALAN PROTON SUSUT BULAN LALU. SAGA, X50 DAN X70 MASIH POPULAR