Buletin

EKSPORT CHERY NAIK 50.3% PADA JUN 2022. REKOD BAHARU DALAM SEJARAH 21 TAHUN DI PASARAN GLOBAL

Jualan Chery di luar China mencapai 35,818 kenderaan pada Jun 2022, naik 50.3 peratus berbanding Jun 2021. Ia sekali gus  mencatat rekod eksport bulanan baharu dalam sejarah 21 tahun jenama tersebut di pasaran global. 

Bagi tempoh Januari-Jun 2022 (1H22), Chery telah mengeksport 148,000 unit (+24.9% YoY) dengan 112,000 daripadanya merupakan kenderaan tenaga baharu, mengukuhkan status syarikat tersebut sebagai jenama yang berteknologi tinggi.

Di Brazil, Chery menduduki tempat kesembilan dari segi jualan 1H22. Arrizo 6 menduduki tempat keempat dalam segmen sedan dengan penguasaan pasaran sebanyak 3.62 peratus. Sedan tersebut diiktiraf sebagai kenderaan dengan nilai jualan semula terbaik dalam segmen intermediate oleh media tersohor Kelley Blue Book dan Quatro Rodas. 

Jualan siri Tiggo 8 di Brazil pula mencapai 21,300 unit pada 1H22; model-model di bawah siri ini digunakan sebagai kenderaan presiden dan peringkat negeri di Brazil serta di beberapa negara lain.

Chery turut mencapai prestasi yang menggalakkan di Chile, menguasai 6.7 peratus daripada jualan keseluruhan 1H22 dan menempatkannya di kedudukan tiga teratas dari segi jualan. Jenama titu mengungguli segmen SUV pada 1H22 dengan

penguasaan pasaran 15.1 peratus, mengatasi pelbagai jenama antarabangsa yang lain. Ia  diterajui oleh Tiggo 2 dengan jualan sebanyak 6,088 unit.

Sejak memasuki pasaran Afrika Selatan tahun lalu, Chery telah mengekalkan momentum yang kukuh. Jualan kumulatif Januari-Mei melonjak 21.1 peratus berbanding bulan sebelumnya dengan jualan Jun juga menunjukkan prestasi baik. Chery telah

menubuhkan anak syarikat di Afrika Selatan pada Ogos 2021, dan mengungguli segmen SUV dalam masa kurang 10 bulan selepas pelancaran produk. 

Syarikat itu juga memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya pada awal April 2022 dengan mengadakan sumbangan awam untuk menyediakan air serta bekalan lain kepada kawasan-kawasan yang terkesan akibat taufan di Kwazulu-Natal.

Chery akan terus berusaha mengharungi cabaran-cabaran akibat pandemik global termasuk rintangan logistik dan pengangkutan antarabangsa untuk mengembangkan pasaran global sambil meningkatkan prestasi jualannya.

Google ads
Back to top button