Buletin

SGMW BAKAL KELUARKAN BAOJUN PACUAN ELEKTRIK EMPAT RODA MAMPU MILIK. CANTAS SUZUKI?

Baojun mengambil peluang dari apa yang sepatutnya dilakukan oleh Suzuki iaitu membuat kenderaan pacuan elektrik empat roda off-road lifestyle mampu milik. Suzuki sebelum ini pernah mempunyai peluang tersebut dengan Jimny namun pengharaman dari Eropah kerana pelepasan CO2 sebanyak 170g/km merencatkan segalanya.

4×4 itu ditunjukkan pada video semasa pelancaran Baojun KiWi EV baharu dan ia sangat sesuai untuk golongan muda tinggal di bandar besar yang suka pergi berkhemah di pergunungan pada hujung minggu.

Baojun ialah jenama di bawah usaha sama SAIC-GM-Wuling (SGMW). Kedudukannya lebih tinggi sedikit daripada jenama Wuling, yang terkenal dengan Mini EV.

Baojun baharu mempunyai reka bentuk kotak atipikal dengan hud lurus, hadapan lurus dan mempunyai pintu yang besar. Terdapat banyak elemen reka bentuk yang bergaya, seperti tayar off-road, tangga sisi, cermin besar, bampar hitam dan rel bumbung.

Ia juga mempunyai dua elemen yang belum dikenal pasti di sisi fender hadapan, melekat di atas hud. Ia kelihatan seperti kamera dan juga lampu carian (search light).

Setiap lampu hadapan terdiri daripada empat unit LED berbentuk bujur. Bentuk ini juga terdapat pada pemegang pintu pop-keluar dan pada lampu belakang. Baojun baharu ini dikemaskan lagi dengan roda aloi kelabu berkilat dan angkup brek kuning (yellow brake calipers).

Walau bagaimanapun, Baojun baharu ini masih belum mempunyai nama lagi. Ia dijangka menggunakan platform Baojun KiWi, walaupun dengan dua motor elektrik. KiWi mempunyai motornya di belakang, di mana ia mampu menjana 54 atau 68hp. Jadi, dengan keluaran 4×4 baharu ini mampu sekurang-kurangnya menjana kuasa 110hp.

Baojun akan menunjukkan versi konsep di Pameran Auto Guangzhou pada akhir November, dengan pelancaran di pasaran kereta China dijadualkan pada Q1 2023.

Google ads
Back to top button