Buletin

RALLY SWEDEN LOCKDOWN – OLIVER SOLBERG MUNCUL JUARA

Ke-gian-an di kalangan penggiat sukan rali dunia sedikit terubat apabila minggu lepas telah berlangsungnya perlumbaan Rally Sweden Lockdown di Torsby, sebuah bandar di tengah Sweden. Perlumbaan yang berlangsung dalam musim Pandemik Covid-19 berjaya dimenangi pelumba muda, Oliver Solberg.

Rally Sweden Lockdown ini merupakan acara hanya berlangsung sekali sahaja dan dilangsungkan selama sehari dengan mengaplikasikan konsep Rally Sprint, di mana pelumba berlumba di trek khas yang dibina sepanjang 2.5 km sahaja.

Rally Sweden Lockdown ini mengundang beberapa pelumba handalan bagi memeriahkan perlumbaan seperti dua pelumba muda Oliver Solberg dan juga Pontus Tidermand yang mana keduanya merupakan peserta yang beraksi dalam WRC3 dan juga WRC2. Selain itu, penganjur turut mengundang juara World Rallycross Champion 2016, Mattias Ekström yang hadir bersama Skoda Fabia R5.

Turut diundang adalah mantan juara WRC Junior 2018, Emil Bergkvist bersama serta P-G Andersson yang hadir bersama Ford Fiesta. Ternyata Skoda Fabia mendominasi penyertaan perlumbaan rali one-off ini. Menarik juga, selorang lagi pelumba Sweden Jonas E:Son Brådhe yang datang berlumba bersama jentera Mitsubishi Mirage.

Format perlumbaan yang dilangsungkan adalah secara penyingkiran catatan masa terpantas sebelum pemenang diundi dalam saingan separuh akhir. Dalam saingan separuh akhir pertama, anak kepada lagenda rali, Petter Solberg ini tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan cabaran jaguh Rally Cross Mattias Ekström. Ternyata Oliver Solberg berupaya mengemudi jentera Volkswagen Polo R5 dengan baik walaupun hujan mulai turun membasahi trek.

Manakala saingan separuh akhir kedua pula Pontus Tidermand juga tidak menghadapi masalah untuk mencatat masa terpantas bagi menewaskan Emil Bergkvist.

Dan sewaktu siangan peringkat akhir, kehandalan Oliver Solberg cukup terbukti apabila berjaya menewaskan Pontus Tidermand, yang juga merupakan sepupu sepapat beliau. Bertambah manis kejayaan Oliver Solberg ini apabila beliau berpasangan dengan ibu sendiri, Pernilla. Berkat doa ibu juga barangkali.

Yang pasti kejayaan penganjuran ini boleh menjadi suatu tanda aras terhadap penganjuran WRC yang lain di masa hadapan walaupun tanpa kehadiran penonton dek kerana Covid-19. Mujur ada pihak promoter turut menayangkan siaran khas di kaca tv untuk perlubaan ini. Terubatlah juga kerinduan peminat rali di luar sana.

BACA : WRC 2020 – ELFYN EVANS MELOMPAT LEBIH TINGGI DI SWEDEN

BACA : WRC 2018 – RALI SWEDEN GILIRAN THIERRY NEWUVILLE MUNCUL JUARA

Tags
Google ads
Back to top button