Buletin

MOTOGP 2020 BERMULA 19 JULAI DI SEPANYOL. JADUAL PERLUMBAAN DIPENDEKKAN AKIBAT COVID-19

Musim MotoGP 2020 akan membuka tirai di litar Jerez, Sepanyol, selepas perintah berkurung akibat pandemik Covid-19 membuatkan perlumbaan sebelum ini terpaksa dibatalkan.

Penganjur memaklumkan litar Jerez akan menganjurkan dua perlumbaan berturut-turut.   

Sebanyak 13 pusingan perlumbaan minimum yang akan dilaksanakan musim ini, semuanya di Eropah antara Julai dan November dan ‘kemungkinan empat lagi’ di luar benua berkenaan hujung tahun nanti.

Sama ada penyokong boleh menonton perlumbaan terbabit atau sebaliknya, ia bergantung kepada peraturan negara tuan rumah.

“Semua tarikh, acara dan kehadiran penonton bergantung kepada penilaian terhadap pandemik dan kebenaran daripada kerajaan serta pihak berkuasa,” jelas MotoGP.

Rabu lalu, Grand Prix Itali di Mugello menjadi perlumbaan kelapan yang terpaksa dibatalkan kerana penularan COVID-19.

Pada asalnya, musim MotoGP 2020 dijadual bermula 8 Mac di Qatar, tetapi hanya membabitkan Moto2 dan Moto3.

Penganjur MotoGP, Dorna sedang menanti lampu hijau perlumbaan di Jerez daripada kerajaan Sepanyol sebelum mengeluarkan jadual baharu. – AFP

Google ads
Back to top button