Buletin

RANGER TERAJUI JUALAN FORD PADA JULAI

Ford baru-baru ini mengumumkan bahawa jualan pada Julai di Malaysia mencecah  sebanyak 975 unit, dipacu oleh permintaan yang terus kukuh terhadap model Ranger, Fiesta dan EcoSport.

Ford-Ranger-mekanika (1)

Trak pikap Ranger yang versatil, model terlaris Ford di Malaysia dilihat terus mendapat  permintaan yang kukuh pada Julai dengan jualan sebanyak 699 unit, peningkatan jualan  untuk tiga bulan secara berturut-turut. Jualan Ranger pada tahun ini sehingga kini naik 22 peratus kepada 5,520 unit

“Ketika industri kembali mendapat momentumnya, kami gembira apabila melihat semakin ramai rakyat Malaysia mula tertarik kepada Ranger. Ia nampaknya terus menerajui prestasi segmen trak pikap,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

Ford-Ranger-mekanika (3)

Menawarkan pakej keselamatan yang tiada tandingannnya di Malaysia, semua model Ranger dilengkapi dengan rangkaian ciri keselamatan aktif dan pasif. Ini termasuklah Electronic Stability Control (ESC) Ford pada semua varian, serta cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak pada model Wildtrak, XLT dan XL Double Cab.

Semua varian juga menawarkan beg udara untuk pemandu dan penumpang hadapan. Manakala model Wildtrak dilengkapi beg udara sisi dan curtain pada bahagian belakang untuk meningkatkan lagi aspek perlindungannya.

Ford-Fiesta-1.0L- EcoBoost-Mekanika (3)

Demi memenuhi permintaan sehingga hujung tahun ini, Ford telah meningkatkan stok pengedar untuk semua model Ranger di seluruh negara.

Jualan Fiesta yang sporty naik 12 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 119 unit. Permintaan terhadap Fiesta dipacu oleh varian 1.5L Ti-VCT dan 1.0L EcoBoost.

Ford-EcoSport-mekanika

SUV kompak urban EcoSport pula mencatat jualan sebanyak 101 unit. EcoSport menggabungkan kelincahan sebuah kereta penumpang kompak dengan fleksibiliti, kemampuan mengharung air, penjimatan bahan api yang menggumkan dan pelbagai ciri pintar termasuklah sistem ketersambungan di dalam kereta, SYNC Ford.

Ford merancang untuk terus mengukuhkan tarikan bilik pamerannya di Malaysia dengan memperkenalkan Ranger dan Everest baharu, selain menambah model Mustang ke dalam rangkaian model kereta, trak dan SUV keluarannya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button