Modifikasi

MITSUBISHI FIORE WAGON?

Menyimpan sebuah kereta dengan chasis rare adalah jauh lebih bermakna daripada sebuah kereta sport yang boleh dibeli dengan duit.

SONY DSC

Nah. Ini prinsip asas main kereta Jepun atau lebih tepatnya JDM. Walhal di Jepun tidaklah rare mana. Namun status di bumi bertuah ni lain macam sikit. Kena pula kereta sudah makin tua, nak bawa masuk dari Jepun adalah sesuatu yang tidak berbaloi langsung. Membazir AP dan buang duit bayar cukai.

Sebab itulah wujud kelompok tertentu yang masih kekal dengan badan kereta rare ini. Buka harga berapa pun belum tentu mau jual. Disebabkan kesukaran mendapat kereta ini jugalah biasanya pemilik akan berpisah apabila dapat spesis yang hampir serupa. Atau yang lebih kejam lagi, rela simpan di rumah dan pergi kerja naik bas. Jumpa yang rare, beli lagi.

SONY DSC

Menghargai model-model ini hanya ada pada hati sesetengah orang. Kalau tanya saya, fikir sepuluh kali pun belum tentu beli. Melainkan dapat beli pada harga kangkung. Apa ada hal kan? Beli murah pastu mod sikit-sikit. Bila ada pembeli nanti kasi sailang tengkuk buat modal beli Toyota Harrier.

Mitsubishi Lancer Fiore Wagon C12 ini dimiliki oleh Nazemi Abu Naim dari Johor Bharu. Macam mana dia dapat kereta ini, tak sempat saya nak siasat. Tetapi saya yakin, ia bukanlah mudah. Kereta ini tahun depan usianya dah 30 tahun. Betul saya tak tipu.

SONY DSC

Namun kereta tahun 1980-an sebenarnya tidaklah semanja generasi sebelumnya kerana teknologinya boleh dikira agak maju. Masalah utama yang membelenggu kereta lama iaitu karat pun tidak lagi menjadi topik utama.

Nazemi memilih untuk kekal sebagai sebuah wagon asli. Sebab itulah enjinnya tidak diusik. Jantung 4G13 ini sama sahaja dengan Saga Iswara disuap karburetor. Pendek kata, enjin ini senang dijaga dan apa sangatlah teknologi yang ada. Stereng kuasa pun tak ada. Nazemi pilih untuk cat bay enjin warna hitam matt.

SONY DSC

Benda asing yang dibuat ialah penapis udara piring UFO K&N yang saya pun tak tahu masih ada jual lagi benda alah ni. Kemudian, dia buat ekzos dengan memasang manifold 4-2-1 custom, paip 2 inci dan muffler M7.

Kotak gear asal digantikan dengan klac OEM dan semua pengubahsuaian kereta ini tidak membuatkannya jadi laju. Kalau laju sangat nanti orang tak nampak pula bahagian belakang kereta yang oversize ni.

SONY DSC

Kelebihan kereta-kereta macam ni bukan terletak pada kelajuan, tetapi tumpuan konsmetiknya. Kalau pekak standard badak saya percaya tiap-tiap hari mesti ada orang tahan mintak nak beli, tapi kalau macam ni tak payahlah. Dengar harga pun nanti boleh jadi sawan. Kereta yang asalnya warna kusam dilayangkan dengan warna kuning matt dengan bahagian fender depan disembur hitam. Skirting tepi tu adalah kacukan Honda Accord SV4.

SONY DSC

Rim Advan Super 3 piece 17 inci itu dipadankan dengan tayar Aoteli depan belakang. Kedudukan kereta direndahkan dengan suspensi custom menggunakan suspensi asal. Apa pun, mesti cukup rendah untuk sebuah kereta dengan traling arm belakang. Rim itu nak bagi masuk dalam fender sebenarnya boleh tahan susah.

SONY DSC

Bahagian dalamannya sangat klasik atau 1980-an sekali. Penggunaan warna coklat terang memang nampak mewah dan sporty habis pada pemikiran jurutera zaman itu. Rekaan sterengnya juga cocok dengan bentangan papan pemuka simetri.

Meter digital dan semua bahagian dalaan telah dibaik pulih oleh Hazemi dengan begitu cemerlang. Kereta ini memang fully refurbish. Kesimpulannya bukan senang nak dapatkan balik tema asal ni. Barang susah dapat dan kerjanya pun leceh.

SONY DSC

Maksudnya, kalau anda nak main kereta-kereta otai macam ni, sediakan kesabaran pada tahap 99 peringkat. Ketika proses ubah suai, restore dan kumpulkan barang-barang memerlukan lebih daripada sekadar duit.

Kalau rasa tak boleh, jangan mengada-ngada nak bodek pakcik, apek mintak beli sebab nanti bila dah beli, kena merayu pada penjual nak beli barang baru korang rasa peritnya main kereta ni.

SONY DSC

Baik beli Myvi (kereta bawa tak sedap langsung tapi laku keras).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button