Motosikal

HONDA FORZA 250 2021 MASUK PASARAN INDONESIA. HARGA BERMULA RM 24K

PT Astra Honda Motor (AHM) melancarkan model terbaharu Honda Forza 250 di pasaran Indonesia.

Skuter terbaharu itu ditawarkan pada harga  Rp.83,810,00 (RM24,403) dengan empat pilihan warna iaitu hitam (Mat Gunpowder Black Metallic), putih (Pearl Horizon White), kelabu (Indy Gray Metallic) dan merah (Candy Rosy Red).

Honda Forza menampilkan sentuhan rekaan terbaharu lebih moden dan sporty, dilengkapi lampu hadapan dengan sistem pencahayaan LED.

Selain itu, lampu bahagian belakang pula bukan sahaja menawarkan teknologi LED tetapi turut didatangkan Emergency Stop Signal (ESS) untuk memudahkan penunggang apabila berlaku sebarang kecemasan.

Dengan berat mencecah 186 kg dengan kapasiti tangki bahan api 11.7 liter, ia didatangkan skrin penghadang angin boleh laras elektrik.

Ruang di bawah tempat duduk agak luas, apabila ia mampu menampung sehingga dua topi keledar keselamatan dan barangan lain.

Honda Forza mendapat khidmat  enjin eSP+ (enhanced Smart Power) baharu dengan sistem pembakaran pancitan bahan api PGM-FI.

Enjin dipadankan transmisi automatik itu mampu menjana kuasa maksimum mencecah 22hp @ 7,750rpm dan tork 24Nm @ 6,250rpm.

Sistem suspensi hadapan teleskopik manakala suspensi belakang berkembar memastikan tunggangan lebih stabil.

Model terbaharu menggunakan tayar tubeless berukuran 120/70 dengan rim 15 inci di depan dan 140/70 rim 14 inci belakang masing-masing dilengkapi sistem brek ABS.

Antara ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada jentera baharu ini termasuk sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC), paparan meter digital, sistem kunci Honda Smart Key, pengecas USB baharu di dalam kotak konsol depan. – otoasia/astrahonda

Google ads
Back to top button