Artikel Pilihan

RENAULT MEGANE SEDAN 2021

Apabila menyebut tentang Renault Megane, sudah pasti kita akan mudah untuk mengingati tentang model hatcback yang laju dan berkuasa. Ianya bukan suatu rahsia, model hatchack Renault ini begitu popular di benua Eropah apatah lagi ianya telah berada dalam pasaran semenjak tahun 1995 lagi.

Generasi keempat Renault Megane Sedan ini sebetulnya telah pun berada dalam pasaran global semenjak tahun 2016 lagi, dengan mencatat rekod jualan 200,000 unit. Suatu jumlah yang agak banyak juga sebenarnya. Sedan segmen C ini boleh dikatakan antara pilihan popular juga di benua Eropah. Kini untuk tahun 2021, versi facelift diperkenalkan bagi memastikan Renault Megane Sedan ini terus berupaya menambat pilihan hati pengguna sementara menantikan kehadiran Renault Megane Sedan generasi kelima.

Model yang dibina berdasarkan daripada Common Module FamilyΒ (CMF) ini sebenarnya tidak sukar untuk mencari pembeli. Apatah lagi dengan pengaruh kuat Renault Megane RS yang terkenal dengan rekaan hatchback yang sangat garang. Untuk versi sedan, ianya cuba disesuaikan diantara ciri sporty dan eksekutif.

Untuk model versi 2021 nanti, penggunaan bampar serta gril baharu telah diberikan serta diberikan penambahan elemen krom bagi menampilkan imej yang lebih ekslusif. Manakala rekaan Air deflectors di bahagian arca roda memberikan aliran udara yang lebih baik sekaligus menambahbaik aerodinamik model sedan ini.

Lain – lain penampilan rupa luaran Renault Megane Sedan ini tidak lagi begitu ketara. Cumanya penawaran rim bersaiz di antara 16 – 18 inci mengikut varian, Begitu juga dengan pemilihan warna mengikut idaman hati. Ada tujuh warna yang ditawarkan kepada pembeli kelak.

Bampar belakang juga turut diberikan rekaan baharu terhadap model yang dipasang di Bursa, Turki ini. Tip ekzos berkembar itu pula berupaya memberikan imej yang lebih sporty terhadap model yang pastinya dipandu oleh golongan seusia David Ginola. (Warga Emas serupa BK ini sahaja yang mengenal siapakah beliau)

Beberapa ciri ciri moden turut diaplikasikan terhadap model ini seperti Adaptive Cruise Control, Β Active Emergency Braking System, dan jugaRear Cross Traffic Alert.Β 

Manakala pemilihan trenkuasa boleh dipilih dengan beberapa penawaran mengikut kehendak pelanggan. Mahu kan yang lebih jimat bahan bakar, boleh aja pilih enjin 1.0 TCe dengan kotak gear manual / auto. Mungkin nampak macam lemau. Mahukan lebih kuasa, boleh juga pilih enjin dengan suntikan turbo 1.2 liter yang mana ianya menyamai enjin yang berkuasa 2.0 liter.

BACA : PENCABAR CIVIC TYPE R – RENAUTL MEGANE RS

BACA : HONDA CIVIC TYPE R VS RENAUT MEGANE RS 300 TROPHY. MANA LAGI POWER

Google ads

B K

Back to top button