Buletin

RIMAC CONCEPT_ONE KALAHKAN BUGATTI VEYRON DALAM PERLUMBAAN DRAG

SHARE

Sejak sekian lama, Bugatti Veyron dikenali sebagai jentera paling pantas di dunia. Namun kini, gelaran itu mungkin sudah boleh beralih tangan selepas ia kalah kepada sebuah hypercar elektrik, Rimac Concept_One dalam satu perlumbaan drag.

Dalam video berdurasi hampir dua minit yang disiarkan oleh pihak Wilton Classic & Supercar di laman YouTube, jelas kelihatan Bugatti Veyron agak jauh ditinggalkan oleh Rimac Concept_One. Dengan pecutan serta-merta, memang ia memang sukar untuk dikejar.

Sebelum ini, LaFerrari dan Porsche 918 turut menjadi mangsa pecutan jentera keluaran sebuah firma kejuruteraan bateri serta pembuat supercar dari Croatia itu, Rimac Automobili.

Apa yang membuatkan Rimac Concept_One begitu berkuasa di laluan lurus? Rahsia itu terletak pada empat unit motor elektrik yang mampu menjana kuasa sehingga 1,088hp. Setiap satunya dilengkapi kotak gear sendiri dan dipasang pada bahagian tengah gandar .

Motor-motor itu menyediakan kuasa tork tidak kurang 1,600Nm yang sedia digunakan sepenuhnya secara serta-merta sebaik sahaja pendikit ditekan. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak kelajuan satu kelajuan. Sementara roda belakang dipasang dengan transmisi klac berkembar dua kelajuan.

BACA: BUGATTI CHIRON DILANCARKAN DI SINGAPURA – RM11.07 JUTA!

BACA: DARI SAMPAH-SARAP MENJADI OBJEK SENI YANG MEMUKAU

Jadi, di atas kertas anda boleh mencapai kelajuan 100km/j dalam masa hanya 2.6 saat dengan pecutan maksimum 354km/j. Rimac Automobili mengambil masa selama lima tahun untuk membangunkan Rimac Concept_One dan hanya lapan unit akan dibina.

Kuasa motor diperoleh daripada 8,450 sel bateri lithium-ion yang disusun di bahagian  tengah dan belakang kereta. Dengan sekali  caj, Rimac Automobili mendakwa Rimac Concept_One boleh bergerak sejauh 330km.

Keputusan ini menguatkan lagi dakwaan bahawa jentera elektrik bakal membentuk era baharu kereta berkuasa ultra tinggi pada masa depan. Rimac Automobili dijangka mempertontonkan versi produksi kereta ini pada acara Geneva Motor Show 2017.

Bukan sekadar Rimac Concept_One, malah model yang lebih berkuasa dan aerodinamik iaitu Concept S akan turut diperkenalkan.

kredit foto: Youtube Wilton Classic & Supercar, Rimac Automobili

Tags
Google ads
Back to top button