Motosikal

HLYM LANCAR YAMAHA EGO SOLARIZ – RM5,548

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd (HLYM) hari ini melancarkan skuter terbaharunya, Ego Solariz di Genting Highlands.

Ego Solariz dikuasakan oleh enjin pancitan bahan api BLUECORE bersesaran 125cc. Dianggap sebagai enjin paling maju dan berkuasa dalam kelasnya, ia mampu menjana kuasa sehingga 7kW @ 8,000rpm.

Skuter itu turut dilengkapi lampu indikator ECO pada paparan speedometer. Untuk memudahkan penunggang, ia hadir bersama ruang penyimpanan barang mencecah 10 liter.

BACA: YAMAHA PERNAH MEMBINA SUPERCAR HEBAT, OX99-11

Toyota Avanza – MREC – Desktop

BACA: 2,640 YAMAHA NMAX DIPANGGIL SEMULA – MASALAH PENGESAN KELAJUAN

Dikenali sebagai Mio M3 di pasaran Indonesia, Ego Solariz memiliki jarak roda mencecah 1,260mm, panjang (1,870mm), tinggi (1,035mm) dan lebar (685mm).

Jika dibandingkan dengan Ego Avantiz, Ego Solariz lebih besar dengan lebar melebihi 5mm dan tinggi sebanyak 35mm. Beratnya dianggarkan 110 kilogram.

Ego Solariz turut dipasang dengan brek cakera pada roda depan dan brek jenis gelendong di belakang. Sementara rim bersaiz 14 inci itu dibalut dengan tayar bersaiz 70/90 di depan dan 80/90 (belakang).

Ego Solariz didatangkan dalam empat warna iaitu biru, merah, coklat dan magenta. Skuter itu akan berada di semua pengedar sah Yamaha mulai Januari 2017. Harganya ialah RM5,548 seunit termasuk GST.

Jika anda membelinya mulai 16 Januari hingga 31 Mac 2017, anda akan menerima windbreaker khas Yamaha secara percuma, sehingga stok masih ada.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button