Buletin

ROADSHOW SIME DARBY MOTORS DREAMRIDE TAWAR HADIAH BMW G 310 R.

Pelanggan yang membeli kereta impian di roadshow Sime Darby Motors DreamRide berpeluang memenangi sebuah motosikal BMW G 310 R.

Roadshow berkenaan menampilkan beberapa jenama terkenal seperti BMW, MINI, Motorad, Ford, Hyundai, Jaguar, Land Rover dan Volvo diadakan di Highstreet dan Oval, 1 Utama bermula 22 hingga 26 Julai ini.

Antara model baharu yang akan tampil dalam roadshow ini ialah BMW 330i, BMW 530e M Sport, BMW M5, BMW X3, BMW 740Le, BMW C400x, BMW R1250GSA, S1000XR dan BMW Rnine T / BMW F900R.

Selain itu, peminat MINI dapat melihat dengan lebih dekat jentera seperti MINI Cooper Countryman hibrid, MINI 5 pintu dan MINI 3 pintu.

Model lain termasuk Ford Ranger Raptor serta Ranger WildTrak, Hyundai Santa Fe, Grand Starex, IONIQ Hibrid, Jaguar F-Pace, Land Rover’Evoque dan Velar. Manakala model  Volvo XC60 dan XC40 turut tampil dalam roadshow ini.  

Pengunjung juga berpeluang pandu uji jentera seperti BMW 320i, BMW 530e M Sport, BMW X3, BMW 320i, MINI Countryman Sports, MINI Countryman Pure dan MINI Clubman S.

“Ini merupakan roadshow automobil pertama Sime Darby Motors yang menghimpunkan pelbagai jenama. Kami berharap dapat memberi pengalaman unik dan baharu kepada para pelanggan dengan membawa pelbagai jenama ini.

“Pengecualian cukai memberi peluang kepada para pelanggan pelbagai jenama kenderaan ini memiliki kereta pada harga lebih murah,” kata Pengarah Urusan Bahagian Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors, Jeffrey Gan.

Sime Darby Motors turut bekerjasama dengan pereka dan pembuat beg kulit premium dari Jerman, Braun Büffel dalam menyajikan aksesori menarik pada rodshow ini.

Pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah Büffelmystery dan keahlian Braun Büffel apabila mendaftar di booth Sime Darby Motors.

Mereka yang membeli produk jenama berkenaan di 1 Utama akan mendapat baucer tunai RM500. Ia boleh digunakan semasa pembelian kenderaan pilihan mereka ketika roadshow.

Google ads
Back to top button