Buletin

LEAPMOTOR CATAT SEJARAH, ANTARA SYARIKAT PEMULA NEV TERBAIK

Leapmotor menutup tirai tahun 2024 dengan pencapaian luar biasa apabila berada di tempat ketiga dalam kategori syarikat pemula Kenderaan Tenaga Baharu (NEV).

Leapmotor juga menduduki tempat ketujuh dari segi jualan berbanding jenama-jenama NEV China yang lebih lama bertapak di pasaran.

Kejayaan ini didorong oleh rangkaian teknologi inovatif yang menyumbang kepada prestasi jualan yang memberangsangkan dalam keseluruhan portfolio produknya.

Leapmotor International, syarikat kerjasama dengan pegangan 51:49 bersama Stellantis yang ditubuhkan pada Oktober 2023, telah menunjukkan pertumbuhan pesat dalam strategi pengembangannya di peringkat global.

Kerjasama ini menggabungkan kehebatan teknologi Leapmotor dengan rangkaian pengedaran global Stellantis yang luas.

Kini, Leapmotor beroperasi di lebih 25 negara merangkumi rantau seperti Asia Selatan, Asia Pasifik, Asia Barat & Afrika, Australasia serta Amerika Selatan.

Dengan sokongan rangkaian Stellantis, Leapmotor International dan Leapmotor meletakkan sasaran untuk menyerahkan 500,000 unit kenderaan pada tahun 2025.

Leapmotor mencatatkan prestasi cemerlang pada Disember 2024 dengan menyerahkan 42,517 unit kenderaan di China, mencatatkan peningkatan tahunan (YoY) sebanyak 128 peratus.

Ini merupakan pencapaian jualan tertinggi sepanjang tahun lalu. Secara keseluruhan, Leapmotor berjaya menjual 293,724 unit kenderaan, membuktikan pertumbuhan kukuh dalam pasaran NEV.

Di peringkat global, Leapmotor International juga mencapai kejayaan besar dengan menubuhkan 410 pusat jualan dan menerima lebih 3,165 tempahan daripada pelanggan.

Selari dengan strategi Dare Forward 2030 Stellantis, Leapmotor International komited untuk memperkasakan mobiliti rendah karbon di rantau ASEAN.

Pelancaran Leapmotor C10, model elektrik sepenuhnya di rantau ini, membuktikan kesungguhan Leapmotor dalam memacu mobiliti emisi sifar dengan teknologi termaju.

Di Malaysia, Leapmotor C10 ditawarkan pada harga bermula RM159,000 seunit. Model ini menawarkan ciri-ciri sebuah SUV segmen D pada harga kenderaan segmen C.

Selain itu, ia hadir dengan jaminan komprehensif selama 6 tahun atau 150,000km serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km, mana-mana tiba dahulu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.leapmotor-international.com.my.

Google ads
"
"
Back to top button