Buletin

RUANG KABIN HONDA HR-V RS KINI BERWARNA HITAM. LEBIH SPORTY

Honda Malaysia semalam memperkenalkan ruang dalaman berwarna hitam untuk varian SUV popularnya, HR-V RS yang tampil lebih sporty. 

Tawaran tersebut dibuat selepas mendapat maklum balas daripada pelanggan yang lebih gemarkan kabin berwarna hitam berbanding beige yang ditawarkan sebelum ini.

Tona hitam itu melibatkan konsol tengah, panel hadapan, kemasan pintu dan tempat duduk. 

Lebih 12,200 tempahan diterima dengan 7,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan sejak dilancarkan secara rasmi pada Januari 2019.

Angka itu mewakili hampir 60 peratus sasaran jualan tahunan Honda Malaysia dalam tempoh empat bulan sahaja.

Varian RS menyumbang sebanyak 20 peratus daripada jualan keseluruhan HR-V. Harus tahu bahawa HR-V menguasai 86 peratus pasaran, sekali gus membantu Honda Malaysia mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional dan No. 2 bagi jumlah industri keseluruhan (TIV). 

HR-V RS menggunakan enjin  1.8L SOHC i-VTEC yang digabungkan bersama kotak gear CVT. Ia juga hadir dengan ciri baharu iaitu sistem stereng Variable Gear Ratio (VGR) untuk pemanduan lebih sporty.

Penampilannya disempurnakan lagi dengan rim aloi dua tona bersaiz 18 inci, gril radiator, serta bampar hadapan dan belakang yang sporty. 

Selain ruang kargo yang fleksibel, HR-V turut menetapkan satu penanda aras baru untuk segmen SUV kompak menerusi pelbagai ciri tambahan. Antaranya ialah kamera undur multi-sudut, tempat duduk kuasa dibalut kulit, Honda LaneWatch, kawalan jelajah dan paddle shift pada varian V & RS. 

Aspek keselamatan yang komprehensif pula terdiri daripada enam beg udara, Emergency Stop Signal (ESS), Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA) ISOFIX dan banyak lagi. 

HR-V didatangkan dalam lima warna menarik iaitu merah (baru), perak, kelabu, hitam dan putih. 

Tags
Google ads
Back to top button