Buletin

SANGGUP BAYAR RM4.57 JUTA MILIKI LOKOMOTIF FOWLER ROAD 1932

Lokomotif Fowler Road yang menerima nama jolokan The Lion merupakan antara empat lokomotif jalan raya dibina pada tahun 1930-an oleh syarikat, John Fowler & Co.

Pada lelongan Bonham minggu lalu,  ia dibeli seseorang pada harga kira-kira AS$1.1 juta (RM4.57 juta).

Jentera berkenaan direka bertahun-tahun lalu dengan satu tujuan iaitu menjadi bintang dan menarik orang ramai di kawasan pameran seluruh Eropah sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedunia.

Lokomotif jalan raya itu merupakan yang pertama daripada empat kenderaan dibangunkan syarikat berpangkalan di Britain.

Bahkan, sejak mula diperkenalkan, Fowler Road hanya dimiliki tiga pemilik sahaja dan menjalani pemulihan secara drastik pada tahun 1990-an.

Ia bagi membolehkan lokomotif jalan raya tersebut menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi hari ini.

Selepas penjualan pada minggu lalu, jentera itu menjadi salah satu koleksi terbesar di Saunders Steam Collection, United Kingdom.

Fowler Road mendapat khidmat kuasa daripada wap malah digunakan sebagai medium pengangkutan dalam menarik perhatian orang ramai terutamanya pertunjukkan pentas seperti sarkas.

Ia jelas dapat dilihat pada sentuhan pilihan warna, dekorasi dan hiasan yang terdapat pada badan serta kepala jentera ini.

Dengan didatangkan warna merah, jentera klasik ini turut memiliki logo Anderton & Rowlands, pemilik pertama Fowler Road dari 1932 sehingga 1950.

Selain itu, terdapat sentuhan garisan berwarna emas membaluti jentera yang mampu menjana kuasa mencecah 10 hp ini.  -autoevolution

Google ads
Back to top button