Artikel Pilihan

SEBUAH MERCEDES YANG PERNAH DIMILIKI HITLER BAKAL DILELONG

Biasanya bila kita dengar ada kereta mewah untuk dilelong tentu ramai menyangka yang ia kepunyaan bekas bintang filem ternama, artis ataupun bekas pelumba lagenda. Itu semua sudah biasa kita dengar tapi kali ni lain sikit, lebih istimewa bila Mercedes ini sebenarnya salah satu daripada kereta mewah yang pernah dimiliki dan digunakan oleh diktator paling terkenal dalam sejarah dunia – Adolf Hitler.

Itulah pemilik sebenar kepada Mercedes-Benz 770K Grosser Open Top keluaran 1939 dalam gambar di atas. Anda juga berpeluang menjadi pemilik seterusnya jika membida sewaktu lelongan yang akan dikendalikan oleh Worlwide Auctioneers pada 17 Januari tahun hadapan nanti.

Tapi jangan bimbang sebab hasil lelongan tidak akan digunakan untuk parti Nazi yang pernah dipimpin Hitler ataupun membayar tinggalan hutang beliau. Sebaliknya 10 peratus hasil jualan akan didermakan untuk tabung pendidikan.

 

Menurut syarikat lelongan terbabit, kereta ini kemudiannya telah ditauliahkan untuk kegunaan pegawai SS dan khususnya pegawai tinggi mereka. Ia juga digunakan sebagai kenderaan untuk kegunaan tetamu dan untuk perarakan-perarakan besar Nazi antara tahun 1939-1941.

BACA: TOYOTA SUPRA V12 TOP SECRET BAKAL DILELONG –  SUPERCAR KILLER DENGAN KELAJUAN MAKSIMA 357 KM/J!

Disebabkan kereta ini pernah digunakan untuk membawa Hitler ke mana-mana, ia turut dilengkapkan dengan ciri perlindungan pada bahagian sisi dan bawah. Cerminnya juga merupakan kaca kalis peluru dan panel perlindungan tambahan boleh dinaikkan pada bahagian belakang tempat duduk untuk melindungi penumpang dari tembakan arah belakang.

Dalam keadaan standard pun, Mercedes 770K sememangnya merupakan sebuah kenderaan yang hebat dengan enjin supercharged 7.7-liter yang mampu menghasilkan 230 hp kuasa. Ia kemudiannya dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan yang menggerakkannya dengan pantas pada zaman tersebut.

Memiliki kereta ini mungkin akan memberikan pemilik barunya satu pengalaman yang berbeza. Perasaan bangga mungkin timbul kerana ia sebuah kereta yang hebat. Selain daripada itu mungkin timbul juga perasaan lain kerana ini digunakan oleh seorang diktator yang kejam dalam sejarah dunia.

Apapun yang pasti kereta tidak akan membunuh sesiapa kecuali akibat kecuaian pemandu yang mengendalikannya.

GALERI:

Google ads
Back to top button