Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG MINYAK ENJIN ILSAC GF-6 API SP, GRED BARU LEBIH BAGUS.

Mungkin disebabkan sudah lama tak menjenguk berita berkenaan dengan perkembangan minyak pelincir enjin terkini, hari ini penulis berkesempatan mencari maklumat berkenaan dengan minyak enjin generasi baru. Sebelum ini jika disebut berkenaan gred terbaru minyak pelincir, dalam kepala penulis mestilah API SN Plus.

Minyak pelincir gred API SN Plus sebenarnya dibangunkan khusus bagi mengatasi masalah ketukan (disebut sebagai knocking atau Low Speed Pre Ignition) pada RPM rendah yang biasa berlaku pada enjin turbo ketika RPM rendah. Masalah ini terjadi disebabkan minyak pelincir terbakar pada RPM rendah dan mencetuskan knocking.

Kategori minyak pelincir baru ILSAC GF-6 dan API SP yang dibangunkan khusus untuk kenderaan penumpang sebenarnya dilancarkan pada 1 Mei 2020 lagi, namun ketika itu seluruh dunia sedang sibuk menangani krisis COVID-19 menyebabkan berita ini tidak meluar

API SP ini dibangunkan khusus sebagai minyak pelincir generasi baru untuk prestasi tinggi sebagai tindakbalas kepada keadaan pemanduan yang memerlukan enjin melepaskan gas karbon dioksida yang semakin rendah dan sesuai untuk enjin moden berteknologi tinggi

Menurut Keven Ferrick Pengarah Pembangunan API Product Programme ” American Petroleum Institute menghasilkan satu standard minyak enjin generasi baru sebagai tindakbalas dan permintaan daripada sektor pembuatan automotif yang memerlukan minyak pelincir yang lebih tahan lasak dan memenuhi kehendak enjin masa depan”

Jadi ini segala maklumat terbaru yang anda wajib tahu berkenaan API SP ILSAC GF-6. Antaranya ialah:

1. Kelikatan – ILSAC GF-6 akan menggantikan semua minyak spesifikasi GF-5 dengan dua kategori samaada GF-6A (0W-20, 5W-30 dan 10W-30) atau GF-6B (0W-16) bagi minyak kelikatan sangat rendah. Spesifikasi GF-6A sesuai untuk semua minyak pelincir yang menggunakan gred ILSAC-GF5

Manakala gred ILSAC GF-6B khusus untuk enjin baru dan tidak sesuai untuk minyak enjin GF-5. Jadi cek dulu kelikatan minyak enjin dalam buku manual masing-masing.

API SP pula akan menggunakan kelikatan 10W-40, 5W-40, dan ke atas khusus untuk enjin yang memerlukan minyak enjin yang lebih pekat. Ia boleh digunakan untuk menggantikan minyak enjin API SN Plus, API SN, API SM, API SL dan API SJ.

2. Mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan mengurangkan penggunaan bahan api – diperkenalkan oleh Environment Protection Agency (EPA) yang menekan pengurangan asap dan kecekapan enjin yang memerlukan enjin turbo kapasiti rendah.

Semua syarikat automotif perlu mematuhi Corporate Average Fuel Economy yang digazetkan oleh NHTSA dan Green House Gas Emission yang diperkenalkan oleh EPA telah memaksa pembangunan minyak pelincir ILSAC GF-6 API SP. Keadaan ini ditambah dengan sentimen pembeli yang cuba mengurangkan pelepasan gas CO2 walaupun tidak menggunakan EV

3. Sesuai untuk enjin moden – yang menggunakan sesaran atau saiz kecil, dipadankan dengan sistem turbo, dan sistem suntikan bahan api terus tekanan tinggi sebenarnya memberei tekanan yang besar pada sistem pelinciran enjin.

Minyak enjin gred API SN Plus yang dibangunkan khusus untuk mengatasi masalah Low Speed Pre Ignition akan digantikan dengan gred API SP yang lebih berdaya saing. Bagi enjin yang menggunakan teknologi Start-Stop, ia akan terdedah kepada masalah hakisan dan pembentukan lumpur karbon. Minyak enjin API SP ILSAC GF-6 mampu mengatasi isu ini dengan mudah

4. Kelebihan minyak pelincir API SP ILSAC GF-6 – antaranya ialah mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida, menngurangkan penggunaan bahan api dengan rintangan rendah, perlindungan enjin yang lebih baik bagi enjin TGDI bagi LSPI, dan perlindungan enjin untuk teknologi Start Stop

Antara bahan aditif yang ditambah masuk dalam minyak pelincir ini ialah logam zink (bukan atap zink) yang dirumus khas untuk memberikan perlindungan tambahan pada enjin untuk kakisan dan melindungi minyak pelincir daripada teroksida.

Jadi kalau anda ke pusat servis dan mendapati pusat servis menggunakan minyak enjin bergred API SP GF-6 bagi menggantikan minyak enjin lama dengan gred API SN GF-5, jangan lah terkejut kerana sebenarnya ia jauh lebih baik walaupun mungkin ia mahal sedikit.

Google ads
Back to top button