Buletin

TOYOTA DEDAH AYGO X UNTUK PASARAN EROPAH

Toyota dedah model segmen A baharu, Aygo X yang bakal memasuki pasaran Eropah pada tahun hadapan.

Crossover kompak terbaharu itu dibangunkan berdasarkan platform GA-B yang menjadi asas model Yaris dan Yaris Cross.

Rekaan Aygo X diperbaharui berbanding model terdahulu dengan dilengkapi pelekap plastik pada bahagian wheel arch.

Ia turut hadir dengan lampu utama LED yang mendapat sentuhan grafik moden serta tingkap sisi lebih sporty.

Aygo X menawarkan warna lebih berani seperti Cardamon, Chili, Ginger dan Juniper yang dipadankan dengan warna hitam pada bahagian bumbung, b-pillar serta bahagian belakang jentera.

Model memiliki berat 940 kg itu didatangkan dengan saiz 3,700 mm panjang, 1,740 mm lebar dan ketinggian 1,525 mm dipadankan jarak roda 2,430 mm.

Ruang dalaman menampilkan sentuhan moden bertepatan tumpuan kepada sasaran golongan muda.

Selain itu, ia didatangkan dengan skrin sentuh 9 inci dipadankan infotainmen Toyota Smart Connect, Apple Carplay dan Android Auto.

Ciri-ciri lain termasuk stereng tiga jejari dilengkapi butang bersepadu, sistem pencahayaan sekeliling, sistem audio JBL.

Aygo X mendapat khidmat enjin tiga silinder 1.0 liter yang mampu menjana kuasa 71 hp dan tork 93 Nm dipadankan transmisi manual atau automatik S-CVT lima kelajuan.

Varian manual mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 15.6 saat pada kelajuan maksimum 158 km/j.

Bagi model  S-CVT pula, ia berupaya mencapai kelajuan maksimum pada 151 km/j.

Dari segi keselamatan, semua varian Aygo X didatangkan Toyota Safety Sense menggabungkan sensor kamera monocular dan radar gelombang milimeter serta ADAS. – carscoops

GALERI:

Google ads
"
"
Back to top button