
SELAMAT TINGGAL ENJIN DIESEL – PORSCHE
Porsche secara rasmi akan menghentikan pengeluaran kereta berenjin diesel. Punca? Peningkatan ketara dalam permintaan untuk kenderaan elektrik, terutamanya di benua Eropah.
Dalam satu kenyataan rasmi dari Porsche, pembuat kereta sport itu sedang sibuk membangunkan e-mobiliti – enam bilion euro (sekitar tujuh bilion dolar) tepat, yang dijangka berkuat kuasa menjelang 2022.
Ini akan menjadi asas kepada pertumbuhan yang mapan pada masa depan, kata pembuat kereta tersebut. Peningkatan pelaburan ke atas kenderaan elektrik mempunyai angka yang konkrit untuk menyokongnya. Porsche menyatakan bahawa 63 peratus daripada Panamera yang dijual di Eropah ialah model hibrid.
Akibatnya, permintaan untuk Porsche berenjin diesel jatuh merudum, di mana pembuat kereta sukanitu memberitahu pasaran global Porsche diesel hanya mencatat angka jualan 12 peratus pada tahun 2017.
Dengan angka ini, ia adalah bijak untuk mereka meninggalkan diesel dan terus bergerak ke hadapan.
“Porsche – diesel adalah teknologi yang bagus. Namun, kami sebagai pembuat kereta sport sedar tentang perubahan pasaran. Kami mengambil keputusan bahawa telah sampai masanya untuk kami inginkan masa depan yang bebas diesel. Pun begitu, kami akan terus menjaga pelanggan diesel kami dengan profesionalisme yang mereka harapkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Porsche AG,Oliver Blume.
Walaupun diesel kini keluar daripada portfolio Porsche, mereka belum bersedia sepenuhnya menghasilkan kereta elektrik. Porsche masih kekal dengan falsafah membuat kereta sport.
Jenama Stutgard itu akan terus mengoptimumkan enjin tenaga pembakaran dalaman menggunakan petrol, dengan menyatakan “kereta sport beremosi dan berkuasa akan terus memainkan peranan penting dalam portfolio produk Porsche.”
Untuk rekod, Porsche bukan pembuat kereta pertama yang membatalkan varian diesel untuk kenderaan masa hadapannya. Boleh jadi kerana pemulihan skandal dieselgate yang sedang disusun kumpulan Volkswagen atau permintaan daripada pelanggan sendiri yang kini memilih sama ada kereta yang berkuasa petrol atau kenderaan elektrik.