Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – HYUNDAI GETZ YANG DILUPAKAN

Suatu ketika dahulu, ketiga katalog Hyundai tidaklah bersepah dengan pelbagai model, wujud sebuah model kompak yang cukup popular di seluruh pelusuk dunia dan juga Malaysia. Hyundai Getz nama diberi. Jadi marilah kita semua mengimbau kenangan bersama si Getz ini.

BK : Assalamualaikum Getz. Sihat ke kau sekarang ni?

Getz : Waalaikumussalam. Alhamdulilah. Sihat la juga. Baru lepas baik batuk. Dengar kata tengah musim batuk sekarang ni.

BK : Iyalah kan. Batuk aku ni pun tak elok lagi ni dah dekat tiga minggu tak mau hilang.

Getz : Biasalah BK. Batuk tu pun ujian Tuhan juga. Setidaknya bila sakit ni terhapuslah sikit dosa dosa tu kan.

BK : Fuh. Sekali ayat kau serupa Daie la Getz.

Getz : Itulah. Saya ingat nak sertai juga Daie musim baharu nanti. Tapi bimbang juga dengan cakap cakap masyarakat sekarang ni.

BK : Isk kau ni pun. Setakat nak sebarkan dakwah tak semestinya nak kena pakai title Daie. Kau jadi Getz sudahlah. Boleh juga sebarkan dakwah kan?

Getz : Iyalah. Iyalah. Hah, kenapa BK cari saya ni?

BK : Sajalah aku ni cari kau. Lama tak jumpa. Mana menghilang?

Getz : Tak nak menghilang mana pun. Cuma bila dah tua ni, kenalah sedar diri sikit. Takkan nak melahu tak tentu hala lagi. Kasi chance lah pula kepada anak muda yang lain.

BK : Hmm, cuba kau ceritakan sedikit perihal diri kau ni. Ramai yang tak tahu sangat pasal kau ni sebenarnya.

Getz : Baiklah. Sebetulnya aku ni mula diperkenalkan secara sekitar tahun 2002 sehinggalah ke tahun 2011, Sebagai sebuah kereta kompak, aku asalnya dikilangkan di Ulsan Korea. Untuk pasaran global, aku turut menggunapakai nama seperti Click dan juga TB. Disebabkan populariti yang ada, maka aku turut mempunyai kilang pengeluaran di India, Taipei, Barcelona dan juga Kulim.

BK : Wah! Popular betul kau ni ya Getz Bukan main banyak lagi kilang pemasangan.

Getz : Eiii mestilah BK. Sikit lagi je saya nak menyamai populariti kereta Jepun macam si Jazz tu. Kalau tengok saiz pun lebih kurang juga. Yang pasti, Inokom Getz adalah kemuncak populariti yang diraih di bumi Malaysia. Walaupun enjin 1.4 tu dikira lemau, tapi pada aras harga tak sampai RM60,000 kira memang mampu milik sangat dah kalau dibanding dengan kereta H buata Jepun tu. Apatah lagi dari segi rupa, tidaklah jauh mana kacaknya diantara saya dengan si Jazz. Lebih kurang aja.

BK : Hmmmm sekarang ni cuba kau ulas sikit tentang rangkaian kereta milik Hyundai sekarang?

Getz : Saya tumpang berbangga jugalah sebenarnya dengan Hyundai. Katalog Hyundai pun penuh dah dengan pelbagai model. Tapi rekaan Hyundai terutamanya si i20 yang baharu tu cukup menggiurkan. Sumpah lawa. Cuma sayangnya tak masuk pula ke Malaysia.

BK : Mungkin Malaysia kini bukan lagi tempat yang sesuai untuk menjual kereta yang sebegitu. Iyalah, nak letak harga pun bersesuaian juga. Karang mahal – mahal orang Malaysia ni stigma tentang jenama H dari Korea ni rasanya lebih kepada kiblatkan kereta buatan Jepun lagi. Baik beli Toyota Hatchback si Yaris tu kan. Tapi setidaknya dengan kejayaan Hyundai dalam WRC, berjaya membuatkan pemilik Hyundai tidaklah berasa segan sangat dengan jenama utama yang lain.

Getz : Betul tu BK. Cumanya barangkali saya ni berasa sedikit kecil hati apabila jenama Getz ini tidak lagi digunapakai oleh Hyundai. Cuma BK sebut diantara Jazz dan Getz. Dekat dekat aja kan bunyi dia? Heh

BK : Apa apalah Getz. Moga kau terus sihat selalu dalam meniti hari tua. Terima kasih jugalah sebab kau pernah mewarnai dunia automotif Malaysia selama ini.

BACA : SEMBANG SANTAI – APALAH KHABARNYA SI PROTON EXORA

BACA : SEMBANG SANTAI – PROTON BER-INSPORA-SI

Google ads

B K

Back to top button