Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI : PROTON BER-INSPIRA-SI

Sesungguhnya, dalam banyak – banyak model re-badge Proton, Inspira ini boleh dikatakan berada dalam carta teratas diantara model yang terlaris dan terbaik yang pernah dihasilkan daripada kilang mereka. Sudah tentulah populariti yang diraih hasil daripada jelmaan Mitsubishi Lancer GT dan Evo X adalah jawapan yang pasti. Jom ikuti temubual Brader Karrager bersama si Inspira ini.

BACA : MITSUBISHI LANCER GT – PROJECT X EVO TEN

BACA : SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE 210

BK : Assalamualaikum Inspira. Nampak kau sihat dan ceria aja. Ada apa – apa ke?

Inspira : Waalaikumussalam BK. Allhamdulillah. Masih diberikan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T. walaupun dah sedikit berusia. Isk, takkanlah nak kena monyok aja BK. Hidup ini kan kena senantiasa ceria. lagi pun, macam mana aku tak ceria. Cuba BK tengok badan aku ni. Nampak? Nampak? Semua masih sempurna lagi. Design aku ni pun masih belum oudated lagi walau pun mungkin dah sedikit berusia.

BK : Amboi. Sembang ada unsur riak di situ.

Inspira : Isk bukan riaklah BK. Cuma aku ni sajalah nak menghiburkan hati sendiri. Maklumlah dewasa ini semakin banyak kereta salon yang sedap di luar sana tu. Tapi rasanya memang kenyataan pun kan?

BK : Iya memang tak dapat dinafikan. Kejadian kau ini di kilang Proton sebetulnya cukup bertuah. Walau pun kini kau tiada pengganti, tapi aku yakin, kau masih lagi cukup istimewa di mata pembeli kereta terpakai.

Inspira : Mau nya tak BK. Ramai juga yang kaki kereta ini cukup gemar memiliki aku. Senang cerita, semuanya pakat convert rupa aku kepada Evo Ten. Aku ok je sebenarnya. Tak ada nak rasa kecil hati ke apa. Iyalah, dah sememangnya keturunan aku ini berasal daripada Mitsubishi juga kan?

BK : Tapi kan, kau tak rasa ke ada pihak yang berkecil hati?

Inspira : Si Lancer GT tu ke? Hahaha! Yang itu aku tak mau komen apa – apa. Diaorang mungkin cuma kecil hati sebab tak dapat IC merah aja kot. Maklumlah, aku ni kan senang – senang aja dapat taraf kerakyatan. Siap boleh dapat BRIM dengan Socso lagi sebelum ni.

BK : Ah kau ni. Mesti guna kabel sampai boleh dapat macam – macam. Aku nak tanya lagi ni. Cuba la cerita sedikit tentang persaingan kau dengan Lancer GT waktu tu?

Inspira : Iyalah. Cuba BK bayangkan. Lancer GT waktu tu dijual dekat RM130K. Aku pula spec yang paling mahal pun baru dalam RM100K. Berapa banyak punya beza tu? Kalau amik yang 1.8 punya lagilah murah nokharom BK. Sungguh pun demikian, aku rasa si Lancer GT ni kecil hati sikit – sikit sudahlah. Bukannya Ayahanda Mitsubishi tak dapat ufti langsung kan. Kira win – win situation lah sebenarnya.

BK : Itulah kan. Dan aku berani jamin, popuriti kau ni Inspira masih mampu lagi bertahan sehingga ke tahun 2020. Maklumlah, Evo pun tak ada lagi pengganti. Convert kit Evo Ten sememangnya menjadi opsyen yang sangat mudah buat pembeli nanti. Buat personal loan, setel semua.

Inspira : Aku takmau sembang lebih. Aku percaya masih ada yang sudi untuk memiliki aku untuk jadikan sebagai kenderaan harian yang sedap dan kacak.

Google ads

B K

Back to top button