Motosikal

SEMBANG SANTAI : SUZUKI RG SPORT PELESIT KOTA

Lama dahulu di era 90an, wujudnya sebuah motosikal yang terkenal seluruh pelusuk Malaya. Si Suzuki RG Sport nama diberi. Kehadiran jenama Suzuki sebagai Raja Kapcai tanahair tidak perlu dipertikaikan lagi. Membuatkan jenama Yamaha mencemburui. Itu jam Honda cuma boleh berbangga dengan EX5 sahaja. 

BACA : SEMBANG SANTAI : APA KHABAR SI PERODUA ALZA

BACA : SEMBANG SANTAI BERSAMA MPV SUZUKI APV

Dan sebagai bekas pemilik motosikal 2 lejang yang boleh dianggap lagenda, sepatutnya kisah si RG Sport ini diangkat.  Suzuki RG Sport 110 dan juga Suzuki RGV 120 pernah beraja di hati peminat kapcai, sebelum kehadiran Yamaha 125Z mula memecah dominasi Suzuki.

Brader : Hai RG. Sorilah kalau main terjah pagi-pagi begini. Aku dah lama mencari kau sebenarnya. Baru sekarang berjumpa.

RG : Hai Brader. Hek eleh. Dah lama mencari konon. Hantar Friend Request pun Brader tak approve-approve lagi. Apa cerita..

Brader  : Eh ada eh. Sori-sori. Aku ingat kan mamat luar negara mana entah. Memang tak la aku nak approve. Si RG Pelesit Kota ini engkaulah ya. Ok..Ok. Dah approve dah ni.

RG : (Sengih)

Brader : Aku nak tanya ni, lama dah kau menghilang. Apa cerita terbaharu kau sekarang ni?

RG : Tak cerita apalah Brader. Saya lebih suka low profile sekarang ni. Nak join melepak tak tentu hala, seganlah. Apatah lagi kalau yang parking sebelah-menyebelah dengan si Y15ZR sama RS tu.

Brader : Eh, kenapa nak segan pula. Kau patut rasa berbangga kot. Kau ni ibaratnnya lagenda tahu tak?

RG : Maunya tak segan. Bila sembang masing-masing sibuk tanya berapa top speed la, itu la, ini la. Entah berapa tianglah kena tinggal gamaknya. Tapi kalau main di Traffic Light setakat 100 meter tu Insya Allah boleh menang lagi. Saya punya pecutan ni mantap lagi kalau Brader nak tahu.

Brader : Ni mesti masa muda kau selalu port depan Tabung Haji waktu malam minggu kan.

RG : Eh! Eh! Brader pun tahu ke depan Tabung Haji tu? Wah, tak sangka Brader pun biasa port situ juga rupanya.

Brader : Ingat kau sorang aja ke yang pernah muda. Aku setakat layan korner cecah telinga tu biasa sangat dah. Maklumlah, RG ini kan pelopor penggunaan Monoshock. Layan korner dengan RG ni lain macam dia punya syok.

RG : Mesti waktu tu dia punya teruja lain macam kan. Dah la saya aja time tu  kapcai yang ada meter RPM ni. Kena pulak casis Deltabox saya ni. Lagi sedaplah layan korner iya tak?

Brader : Tak salahlah kalau nak panggil kau ni Raja Kapcai suatu ketika dahulu kan.

RG : Tak syak lagi. Time tu saya saya dengan abang saya, RGV adalah Raja. Weng sana. Weng sini. Cuma yang tak sedapnya bila saya ini disalah guna. Usung bohsia sana sini. Malu saya tau Brader. Mujurlah sekarang ini saya dah mula slow. Saya kini lebih menghabiskan masa pergi ke surau. Layan Kuliah Dhuha ni sedap juga Brader. Menghabiskan sisa-sisa usia. Maklumlah, Suzuki di Malaysia ini pun dah tak ada lagi dah.

Brader : Alhamdulillah. Sejuk hati aku mendengarnya. Baguslah kalau kini kau dah berubah ke jalan yang diredhai Tuhan. Aku pun nak minta diri dululah. Kau jaga diri baik-baik ya.

RG : (Berlalu pergi sambil muka menunduk ke bumi tanda keinsafan melanda diri)

Kredit Foto : bikepics.com

 

Google ads

B K

Back to top button