Buletin

SERTAI ACARA K-CAR GLOBAL 2O19 DENGAN PERODUA. YURAN RM10, 100 PESERTA TERAWAL SAHAJA!

Peluang terbaik untuk pemilik kereta Perodua. Ini kerana Perodua ingin menjemput anda untuk merasai pengalaman memandu di Litar Antarabangsa Sepang pada pagi Sabtu ini (16 November 2019).

Ia sempena penganjuran acara K-Car Global 2019 yang merupakan perlumbaan 24 jam. Inilah masanya para pemilik kereta k-car melenjan jentera masing-masing di atas litar.

Lebih menarik lagi, anda boleh turut serta dengan bayaran RM10 + 1000 UKoins daripada UFirst Perodua. Jika tiada aplikasi tersebut, bayaran yang dikenakan ialah RM20. Caj yang masih terlalu murah untuk masuk ke litar SIC.

Kena cepat kerana hanya 100 peserta terawal sahaja akan diterima.

Tarikh tutup penyertaan adalah 15 November jam 3 petang dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan di INI.

Tags
Google ads
Back to top button