
BELI KONDOMINIUM DAPAT HADIAH SEBUAH PORSCHE – BIAR BETIK
Apa perasaan anda jika tinggal di kondominium di mana semua jiran-jiran anda termasuk memiliki sebuah Porsche? Macam tak percaya je kan? Tapi tak mustahil jika anda berada di Kanada dan membeli unit kondominium dari Erin Price Emery, seorang perunding hartanah di sana. Beliau menyiarkan iklan promosi yang menyatakan sebuah Porsche akan diberikan kepada setiap pembeli kondominium terpilih.

Promosi ini adalah khusus untuk pembelian melalui Emery Group dan Porsche tersebut bukannya pinjaman untuk sebulan dua taoi akan diberikan terus kepada pembeli unit kondominium. Bakal pembeli boleh memilih sama ada ingin membeli kondominium di Vancouver ataupun Montreal. Butirannya agak kurang jelas dan belum dapat dipastikan Porsche model mana yang akan menjadi freegift tu.
Iklan dalam laman web ‘Car & Condo’ untuk unit di Vancouver berbunyi ‘Beli sebuah kondo dan anda akan menerima sebuah Porsche’ manakala iklan di Montreal pula berbunyi ‘Beli sebuah kondo bernilai lebih USD1 juta ataupun dua unit kondominium dan dapatkan sebuah Porsche’.

Menurut material pemasaran syarikat ini, pembeli unit penthouse akan menerima sebuah 911 GT3. Biar betul wei! Abang beli rumah dulu motor Kriss sebiji pun tak dapat. Porsche Taycan dan Cayenne turut dipaparkan pada laman web tersebut.
Bakal pembeli yang berminat boleh menghadiri satu acara yang bakal diadakan pada 3 Mei akan datang di 688 Terminal Avenue, Vancouver. Menariknya lokasi tersebut juga berada berdekatan dengan Porsche Center Vancouver.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah antaranya termasuklah perjalanan untuk dua orang ke Jerman, jam tangan Rolex dan beg tangan berjenama mahal.
Cuma yang menjadi kemusykilan kami ialah apa model Porsche yang akan diberikan dan adakah pembeli boleh memilih. Ke dia nak main seluk-seluk tangan dalam baling macam cabutan di fun fair tu. Apa-apa hal pun taktik promosi ini memang bijak.