Motosikal

YAMAHA BAKAL LANCAR FJR1300 20TH ANNIVERSARY EDITION DI PASARAN JEPUN

Yamaha mengumumkan bakal melancarkan model khas, FJR1300 AS dan A sempena ulang tahun ke-20 jentera terbabit di pasaran Jepun.

Jentera khas FJR1300 AS ditawarkan pada harga bermula ¥1,980,000 (RM72,908) manakala varian A didatangkan dengan tag harga ¥1,650,000 (RM60,754).

Ia mendapat sentuhan warna hitam dipadankan aksen emas dengan lambang FJR 20th Anniversary Edition berwarna emas terletak kemas pada bahagian tangki bahan api.

Selain itu, tempat duduk jentera baharu itu mendapat kemasan jahitan berwarna emas, logo FJR dan rim khas berwarna emas.

Motosikal istimewa tersebut turut hadir dengan penutup bahan api, lever, foot peg dan bolt berwarna hitam.

FJR1300 AS dan A edisi khas itu akan memasuki pengedar di seluruh Jepun bermula 10 Februari tahun hadapan. – rideapart

Google ads
Back to top button