Buletin

ŠKODA KODIAQ JADI KERETA KECEMASAN, TINGGI DAN LAJU!

Entah kenapa satu perkara yang mengujakan sebagai peminat dunia automotif ialah kenderaan pasukan keselematan. Mungkin sudah dibiasakan dengan drama dan filem yang cenderung dengan kehebatan anggota keselamatan beraksi.

Tidak kira kenderaan pasukan keselamatan di Dubai, Amerika Syarikat, United Kingdom atau negara kita sendiri pasti ada model berprestasi yang menarik perhatian.

Satu sebab kenapa pasukan keselamatan seperti polis memerlukan kenderaan berprestasi tinggi adalah supaya sepadan atau melebihi keupayaan kenderaan milik pesalah undang-undang.

Satu daripada kenderaan terkini yang digunakan pasukan kecemasan UK ialah SUV ŠKODA Kodiaq.

Model facelift Kodiaq baru dilancarkan dan menggunakan enjin baharu yang lebih cekap. Ada lima enjin yang ditawarkan dan kesemuanya adalah dari siri EVO Kumpulan Volkswagen.

Enjin baharu ini juga lebih canggih dan sebagai contoh kedua-dua enjin diesel berkuasa 150PS dan 200PS dilengkapi perawatan gas ekzos twin dosing bagi mengurangkan emisi nitrogen oksida.

Tapi kenapa SUV? Boleh ke kejar penjenayah?

Satu daripada varian SUV ŠKODA ialah Kodiaq vRS yang menggunakan enjin 2.0 TSI petrol berkuasa 245PS.

Mana-mana model ŠKODA dengan nama vRS bermaksud ianya adalah varian berprestasi tinggi. Enjin 2.0 TSI itu lebih ringan berbanding enjin diesel turbo berkembar sebelum ini.

Dengan barisan enjin baharu pada Kodiaq juga bermakna pasukan kecemasan boleh berjimat memandangkan ianya lebih efisien.

Satu daripada ciri pada enjin baharu Kodiaq ialah tekanan pancitan (injection pressure) sehingga 350 bar seterusnya mengurangkan kehilangan hidraulik dan kadar penghantaran bahan api.

Enjin 1.5 TSI mempunyai Teknologi Silinder Aktif (ACT) yang menghentikan operasi dua silinder apabila beban enjin pada tahap rendah dan mengurangkan lagi penggunaan bahan api.

Satu lagi kelebihan SUV sebagai kenderaan keselamatan ialah karakternya yang boleh ke mana sahaja. SUV sekarang ada yang tidak lagi dilengkapi pacuan empat roda dan tidak untuk Kodiaq.

Kodiaq vRS bukan setakat laju dengan enjin 2.0 TSI dan transmisi DSG tetapi juga dilengkapi pacuan empat roda.

Jarak kelegaan bumi ialah 192 mm untuk varian pacuan empat roda dan 193 mm bagi varian pacuan dua roda.

Dari segi keupayaan off-road, Kodiaq boleh mendaki pada darjah 19.1 dan menuruni curam pada darjah 15.8 (arrival and departure angle). Model tujuh tempat duduk pula mempunyai keupayaan 19.0 darjah dan 15.1 darjah.

Inilah di antara ciri-ciri istimewa SUV berbanding sedan.

Dari segi keselamatan, Kodiaq dilengkapi sembilan beg udara dan teknologi Travel Assist yang merangkumi Predictive Cruise Control, Adaptive Lane Assist dan versi terkini Traffic Sign Recognition.

Lagi kelebihan Kodiaq ialah ruang but yang boleh memuatkan barangan sehingga 835 liter dan pasti berguna untuk membawa kelengkapan keselamatan seperti kon, tangki oksigen dan sebagainya.

Kodiaq boleh dipasang kelengkapan khas seperti lampu 360 darjah dan integrasi penuh platform komunikasi kecemasan dengan skrin info hibur sedia ada ŠKODA.

Sejak dilancarkan empat tahun lalu, ŠKODA Kodiaq semakin popular digunakan sebagai kenderaan kecemasan di UK.

Ada ratusan unit yang digunakan sama ada untuk khidmat kepolisan, ambulans atau kebakaran dan penyelamat

BACA: ŠKODA OCTAVIA vRS 2020, WAGON ATAU SEDAN?

BACA: OCTAVIA vRS TERLAJU DALAM KATEGORI DI BONNEVILLE DAN TAK TERKALAH!

BACA: TAHUKAH ANDA ŠKODA AUTO BERMULA DENGAN BASIKAL?

BACA: ŠKODA OCTAVIA GUNA ENJIN 1.0L TSI – 110PS 200NM

Google ads
Back to top button