Buletin

SKUTER HONDA VARIO PATAH DUA, AHM TAMPIL BERI PENJELASAN

Susulan tular video yang memaparkan skuter jenis Honda Vario patah dua dan kerangka berkarat, wakil PT Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini tampil memberi penjelasan.

“Kami perlu melakukan pemeriksaan unit tersebut terlebih dahulu supaya punca dan masalah dapat dikenal pasti,” kata Pengurus Kanan Komunikasi Korporat PT Astra Honda Motor (AHM), Rina Listiani.

“Kita perlu melakukan pemeriksaan terus ke atas setiap unit motosikal yang menghadapi masalah untuk mengetahui puncanya.

“Supaya pengendaliannya juga lebih tepat. Oleh itu, kita mencadangkan agar pengguna datang terus ke bengkel AHASS.”

Tambahnya lagi, bagi mengekalkan ketenangan fikiran pengguna Honda, AHM memastikan produk dipasarkan telah melalui ujian kualiti yang ketat, supaya ia selamat untuk digunakan pengguna.

Terdahulu, tular di laman media sosial, apabila sebuah motosikal Honda Vario berwarna merah patah dua.

Klip video turut menunjukkan terdapat karat pada kerangka Honda Beat eSAF (Enhanced Smart Architecture Frame).

Menjengah ke ruang komen, rata-rata percaya bahawa karat yang begitu teruk pada kerangka menyebabkan skuter tersebut patah dua.

“Honda salalu berinovasi mengikuti trend. Trend lipat,” tulis netizen.

Komen lain, “Honda baharu paling teruk. Bukan setakat frame, jiran beli 2 bulan lepas enjin dah rosak.”

Google ads
Back to top button