Motosikal

HORWIN LANCAR SKUTER ELEKTRIK SK3 DI PASARAN EROPAH. RM19,000 SEUNIT

Syarikat mobiliti elektrik berpangkalan di Austria, Horwin melancarkan skuter elektrik SK3 di pasaran Eropah.

Sejak beberapa tahun lalu, Horwin teleh menempa nama dalam pengeluaran motosikal dan skuter elektrik dengan rekaan menarik serta harga kompetitif.

Skuter elektrik terbaharu itu direka sebagai medium pengangkutan utilitarian yang memberi tumpuan kepada fungsi berbanding rekaan menarik.

SK3 menampilkan rekaan ringkas dan sporty dilengkapi lampu LED penuh, panel instrumen digital LCD dan cruise control terbina dalam.

Ia hadir dengan berat hanya mencecah 115 kg sekali gus memudahkan pengendalian di kawasan bandar.

SK3 mendapat khidmat kuasa motor elektrik dipadankan pek bateri litium-ion 72V, 36 Ah yang mampu mencecah 6.2 kW pada kelajuan maksimum 90 km/j.

Skuter berkenaan boleh dicas pada soket elektrik standard melalui pengecas 8A terbina dalam dan masa pengecasan mengambil masa kurang lima jam.

Horwin SK3 akan memasuki pasaran Eropah pada awal tahun 2022 dan dijual pada harga mampu milik AS$4,509 (RM19,066).

Syarikat terbabit juga dijangka melancarkan SK1 yang merupakan skuter elektrik yang lebih asas pada harga AS$4,170 (RM17,632). – rideapart

Google ads
Back to top button