Buletin

SPESIFIKASI HONDA e – PACUAN RODA BELAKANG, 150HP & TORK 300NM

Honda baru-baru ini mengejutkan ramai apabila memperkenalkan model elektrik pertamanya, e. Ketika itu masih belum ada perincian mengenai spesifikasinya. 

Kini, Honda mendedahkan bahawa e dikuasakan oleh seunit motor elektrik yang dipasang pada gandar belakang. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 150PS dan tork 300Nm yang boleh dinikmati secara serta-merta. 

Berdasarkan kepada angka tersebut, e didakwa mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa lapan saat. Jentera comel ini pasti sangat seronok dipandu di bandar. 

Selain menggunakan pacuan roda belakang, e memiliki agihan berat 50:50 dan ttik graviti yang rendah. e turut didatangkan dengan mode sport yang berfungsi meningkatkan lagi maklum balas pendikit. 

Dengan saiz yang comel dan radius pusingan 4.3 meter, ia memang ideal untuk menjadi mode pengangkutan di bandar. Aspek keselesaan penumpang diserahkan kepada talaan suspensi bebas topang MacPherson pada keempat-empat rodanya. 

Honda menggantikan cemin sisi konvensional dengan kamera sebagai ciri standard pada e, visual kemudian dipaparkan pada dua skrin di papan pemuka. 

e menggunakan pek bateri berkapasiti 35.5kWh yang dilihat sebagai yang paling kompak dalam kelasnya. ia mempunyai cukup kuasa untuk menggerakkan kereta kecil ini sejauh 200km dengan sekali caj.

Bateri tu boleh dicaj sehingga 80 peratus dalam masa setangah jam sahaja melalui kemudahan pengecasan pantas. 

Google ads
Back to top button