Motosikal

PENUNGGANG MOTOSIKAL DI INDIA TERKEJUT DIKEJAR HARIMAU

Sekali-sekala memang seronok melalui jalan yang kiri kanannya dipenuhi pokok-pokok menghijau. Perjalanan pasti lebih menarik jika ketenangan itu disulami oleh kicauan burung. 

Tetapi, pengalaman berbeza terpaksa dilalui oleh dua orang penunggang motosikal di Pambra, Wayanad India. Ini kerana perjalanan dikejutkan oleh kehadiran seekor harimau yang berlari seperti mahu menerkam mereka. 

Dalam satu klip video yang berdurasi 12 saat, pemandangan yang diambil oleh pemboncengnya memang membosankan. Tetapi, tanpa diduga, seekor harimau berlari laju ke arah mereka. Jelas kedengaran ngauman raja rimba itu dan jeritan mereka yang sememangnya terkejut dengan tetamu yang tidak diundang tersebut. 

Untuk makluman, Pambra, Wayanad terletak di antara dua kawasan hutan simpan. Menurut Jabatan Hutan Karnataka, Taman Negara Nagarhole  ialah kediaman kepada kira-kira 9 ekor harimau bagi setiap 100 kilometer persegi. 

Sementara kawasan perlindungan harimau Bandipur yang juga terletak berhampiran menempatkan sekitar 231 ekor harimau yang lain. Pendek kata, kawasan itu memang memiliki jumlah harimau yang banyak. 

Taman Negara Nagarhole tidak membenarkan sesiapa sahaja menunggang motosikal atau basikal di kawasannya kerana kemungkinan besar haiwan liar seperti harimau dan gajah akan berada di atas jalan. Justeru, lawatan safari diadakan dengan bot, perahu bulat dan Jeep. 

Haiwan liar di sana sememangnya dibiarkan bebas sepenuhnya. Senang cakap harimau mencari makanan mereka sendiri dan penungang motosikal itu bernasib baik tidak menjadi lauk tengah harinya. 

Google ads
Back to top button