
STELLANTIS JALIN KERJASAMA DENGAN LEADER ENERGY GROUP. TAMBAH BAIK KECEKAPAN TENAGA SOLAR DI KILANG GURUN
Stellantis telah bekerjasama dengan Leader Energy Group untuk mengembangkan penjanaan tenaga solar di Gurun, Kedah, Malaysia. Kerjasama itu meliputi pemasangan, operasi, penyelenggaraan dan pembiayaan solar sistem fotovoltaik (PV).
Dengan kerjasama bersama Leader Energy Group, yang berpangkalan di Malaysia dengan lebih 20 tahun pengalaman beroperasi dalam sektor tenaga di seluruh Asia Pasifik, ia membolehkan Stellantis menambah baik kecekapan tenaga untuk operasi di Gurun.
Ia mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan di tapak pembinaan sistem PV solar atas bumbung tunggal yang direka di kilang Stellantis di Gurun. Projek itu siap pada 31 Oktober 2022.

Pemasangan sistem kuasa PV akan menjana keluaran maksimum sebanyak 2,189.81 kWp elektrik. Dalam tempoh 21 tahun akan datang, sistem PV tersebut dijangka menjana 54.811 GWj tenaga, atau menyumbang kira-kira 34 peratus daripada keperluan penggunaan tenaga loji secara tahunan.
Penggunaan tenaga suria akan mengimbangi kira-kira 1963.4 tan karbon dioksida setiap tahun, bersamaan dengan 50,340 pokok ditanam dalam setahun.
Kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Stellantis untuk menambah baik kecekapan tenaga operasinya di seluruh dunia terutama sekali meningkatkan projek solar Michigan, Amerika Syarikat dan pelaksanaan sistem PV di kilang Mangualde, Portugal.









