Buletin

STELLANTIS MAHU KURANGKAN TENAGA KERJA, TAWAR PAMPASAN KEPADA 13,000 INDIVIDU YANG LAYAK

13,000 orang pekerja dari syarikat induk Jeep dan Chrysler, Stellantis ditawarkan pampasan dalam usaha pembuat kereta itu mengurangkan pekerja dan menyepadukan semula tenaga kerjanya untuk kenderaan elektrik dan perkhidmatan perisian.

Dalam satu kenyataan melalui emel, Stellantis mengatakan ini adalah sebahagian daripada transformasi untuk menjadi sebuah syarikat mobiliti teknologi yang mampan dan peneraju pasaran untuk kenderaan rendah emisi.

Antara kelayakan dinyatakan, pekerja mestilah sekurang-kurangnya berusia 55 tahun dan berkhidmat dengan syarikat selama 10 tahun atau 30 tahun perkhidmatan serta mempunyai pencen. Pekerja telah dimaklumkan untuk membuat keputusan sehingga 5 Disember.

Jurucakap Stellantis enggan menyatakan bilangan pekerja yang layak untuk program itu, atau sasaran bilangan pekerja yang ingin mengambil pakej tersebut.

Stellantis turut menawarkan pakej pampasan serupa pada tahun lalu untuk pekerja yang layak.

Selain Stellantis, Ford Motor telah mengambil pendekatan sama dengan mengurangkan jumlah pekerja sebanyak 3,000 orang kerana mahu mengurangkan kos. Ini merupakan sebahagian daripada usaha penstrukturan semula di bawah Pegawai Eksekutif, Jim Farley.

General Motors juga telah mengurangkan pekerja pada tahun 2021, namun tidak berbuat demikian pada tahun ini.

Google ads
"
"
Back to top button