Buletin

STESEN SHELL PERTAMA DI ASIA PASIFIK DIANUGERAHKAN “BANGUNAN HIJAU”

Shell hari ini telah mengumumkan dua stesen minyak mereka telah dianugerahkan dengan Green Building Index (GBI), pertama seumpamanya bagi benua Asia pasifik.

Stesen tersebut ialah Shell Damansara Jaya dan Shell Taman Connought. GBI adalah indeks yang diberikan kepada bangunan yang menepati ciri-ciri mesra alam sekitar. Ia diniai dari sudut pembinaan bangunan dan meningkatkan kesedaran terhadap isu alam sekitar.

Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Saifuddin Nasution Ismail di Shell Damansara Jaya.

Apa kriteria yang membolehkan layak mendapat pengiktirafan ini?

Ada beberapa langkah yang dilakukan iaitu;

  1. Lampu LED digandingkan dengan alat pengesan khas untuk penggunaan tenaga yang cekap
  2. Sistem solar Photo Voltaic (PV) untuk menjana tenaga elektrik pada waktu siang.
  3. Penggunaan cat yang mengurangkan suhu dalam bangunan, dan mengurangkan kadar penggunaan tenaga
  4. Sistem pemantauan tenaga (EMS) bagi kawalan penggunaan elektrik dan api
  5. Penggunaan paip jimat air bagi menggantikan paip konvensional yang mampu mengurangkan sehingga 60% atau 310 meter padu air setahun.
  6. Ruang parkir kenderaan elektrik (EV) dan parkir kongsi bagi menggalakkan perkongsian kenderaan.
  7. Ciri paparan elektronik pada pintu masuk stesen yang memaparkan maklumat penggunaan tenaga seperti elektrik, air, suhu serta kadar pengurangan karbon yang berjaya dicapai.

Tags
Google ads
Back to top button