Buletin

SUBARU FORESTER GT LITE EDITION 2021. BODYKIT PENUH & EKZOS GT, RM164K

TC Subaru Sdn Bhd, baru-baru ini memperkenalkan Subaru Forester GT Lite Edition ke pasaran tempatan.

Disasarkan kepada pemandu yang mahukan penampilan lebih sporty dan rugged, Forester GT Lite Edition menawarkan penambahan seperti bodykit penuh GT dan ekzos GT.

Pakej itu dilengkapkan lagi dengan sistem paparan audio bersaiz 8 inci dan pandangan keliling  360° yang memudahkan lagi urusan ketika hendak memarkir.

Tahun lalu, TC Subaru melancarkan varian Forester GT Edition dengan sistem keselamatan EyeSight. Hasilnya, ia mendapat sambutan hangat oleh pengguna di sini.

“Berikutan kejayaan Forester GT Edition tahun lalu, kami ingin menawarkan Forester GT Lite Edition ke pasaran Malaysia. Jentera ini hadir dengan ciri keselamatan terbaik Subaru dan ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding GT Edition.

“Ini bukti kami sentiasa menawarkan lebih banyak pilihan kepada pelanggan,” kata Pengurus Negara TC Subaru, Eugene Tay.

Forester GT Lite Edition didatangkan dengan tiga teknologi utama Subaru iaitu pacuan semua roda simetrikal, enjin Boxer dan platform global Subaru.

SUV itu dipasang dengan lebih 100 ciri keselamatan termasuklah tujuh beg udara, kerangka tegar, X-Mode, jarak kelegaan tanah 220mm dan banyak lagi.  

Subaru Forester GT Lite Edition hadir dalam tujuh pilihan warna iaitu putih mutiara, perak metalik, hijau, biru, tembaga, kelabu gelap dan hitam.

Ia boleh dimiliki pada harga RM163,788 (di atas jalan, tidak termasuk insurans).

GALERI

Google ads
"
"
Back to top button