Advertorial

SUBARU IMPREZA 2024 – TIADA LAGI VARIAN SEDAN DAN MANUAL

Subaru baharu sahaja melancarkan Impreza generasi keenam di LA Auto Show. Untuk pasaran 2024, mereka tidak lagi menghasilkan varian sedan dan sistem trasmisi manual tetapi mengembalikan semula model 2.5 RS yang diperkenalkan semula sejak 2005.

Seperti jangkaan ramai, model baharu ini mempunyai banyak persamaan dengan model terdekat keluaran Subaru, Crosstrek. Tengok sajalah rekaan fasia hadapan dengan jeriji gril bentuk heksagon dan bar kemasan yang bersambung antara dua lampu hadapan. Garisan badan pun mempunyai banyak persamaan antara keduanya.

Tapi jangan bimbang, Impreza tetap Impreza. Walaupun mempunyai rupa luaran yang agak sama, casis Impreza adalah 10 peratus lebih teguh berbanding model sebelumnya dan ia juga turut dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda symmetrical yang telah ditambah baik. Enjinnya, sekali lagi Subaru memilih enjin boxer empat selinder.

Impreza 2024 juga ditawarkan dengan dua pilihan enjin. Paling menarik semestinya versi RS yang dilengkapi dengan enjin 2.5 liter yang mampu menghasilkan 182 hp kuasa dan 241 Nm tork. Tidak sehebat Impreza WRX satu ketika dahulu tapi okeylah untuk kegunaan setiap hari.

Impreza RS bukan hanya menerima enjin bersesaran lebih besar tapi turut dilengkapi dengan suspense talaan sports, brek yang ebih besar, rim 18 inci istimewa, pedal kawalan aluminium, sistem audio dengan 10 pembesar suara mewah Harman Kardon dan macam-macam lagi.

Model 2.0 pun boleh tahan walaupun kuasanya sedikit berkurangan pada 152 hp dan 197 Nm tork. Ia juga dilengkapi dengan sistem pengesan titik buta, sistem penghidup bebas kunci dan mod pemanduan pilihan mengikut kesesuaian. Sistem Subaru Eyesight memang dah jadi benda wajib pada model-model Subaru selain sistem brek kecemasan automatic.

Namun tak kira model mana yang bakal menjadi pilihan anda cuma satu pilihan transmisi ditawarkan; CVT Lineartronic dari Subaru. Ini kerana Subaru sudah menggugurkan penggunaan kotak gear manual tapi model Sport dan RS akan dilengkapi dengan sistem mod manual istimewa 8-kelajuan untuk memberikan keseronokkan yang lebih dalam pemanduan.

Kesemua varian juga akan menerima stereng bantuan kuasa elektronik dual-pinion yang sama seperti WRX generasi kelima. Ia memberikan ‘rasa’ yang lebih natural selain sangat responsif mengikut sumber Subaru.

Sampai tak kat Malaysia ni? Insya Allah sampai kot? Sebab kalau tengok rekod jualan Subaru pun boleh tahan kat Malaysia ni.

Google ads
Back to top button