Artikel Pilihan

SUHU TERLAMPAU SEJUK DI CHICAGO, PEMILIK TESLA TERSADAI DI PUSAT PENGECASAN

Bandaraya Chicago telah dilanda dengan suhu terlampau sejuk, menyebabkan puluhan pemilik kereta elektrik daripada jenama Tesla dan juga jenama lain tersadai di pusat pengecasan. Malah lebih memburukkan keadaan apabila ada yang sampai ke pusat pengecasan dengan bantuan trak tunda.

Secara purata suhu di Chicago mencecah antara -19 darjah Celcius sehingga -29 darjah Celcius menyebabkan masalah pada kebanyakan kereta elektrik tanpa mengira jenama. Antara 2 masalah yang sering berlaku ialah pengurangan jarak pemanduan walaupun bateri dicaj penuh san proses pengecasan yang perlahan

Agensi berita Fox melapurkan 12 buah Tesla beratur di pengecasan pantas Tesla iaitu Supercharger, dengan bateri mencapai 0% dan juga gagal untuk dicaj walaupuntelah disambung dengan pengecas. Malah ada pemilik yang terpaksa mengusung Tesla mereka dengan menggunakan trak flatbed ke pusat servis untuk menyelesaikan isu ini

Walaupun aplikasi Tesla menunjukkan pengecas Supercharger mereka berfungsi, namun waktu menunggu adalah lama malah ada pemandu yang terpaksa menunggu sehingga sepanjang hari. Ada pemilik Tesla melaporkan bahawa proses yang sepatutnya mengambil masa 45 minit menjadi sehingga 3 jam dengan menggunakan DCFC

Bagi negara bercuaca sejuk, bateri Tesla mesti melalui proses pre-condition sebelum proses pengecasan berlaku. Dalam proses ini, bateri akan dipanaskan sehingga mencapai suhu optimum untuk proses pengecasan berlaku dengan efisyen.

Tapi yang menjadi masalah ialah ada beberapa Tesla gagal melakukan proses pre-condition ini biarpun biasanya kenderaan Tesla akan memulakan proses ini secara automatik apabila tiba di pusat pengecasan. Tapi anda harus tahu bahawa proses ini memerlukan tenaga elektrik dan tidak akan berlaku sekiranya bateri sudah habis

Semasa cuaca sejuk melanda, pemilik akan menggunakan sistem HVAC bagi memanaskan kabin kenderaan dan seterusnya menggunakan lebih banyak tenaga elektrik. Sistem pre condition juga memerlukan tenaga elektrik untuk memanaskan bateri

Kajian pakar mendapati kereta elektrik daripada 18 jenama cenderung untuk kehilangan jarak perjalanan antara 10-36% dalam cuaca sejuk. Sebagai contoh kereta elektrik dengan jarak perjalanan 350km hanya boleh dipandu sejauh 273km sahaja dalam cuaca sejuk

Bateri lithium ion adalah sangat sensitif dengan perubahan suhu dimana bateri ini akan berada dalam keadaaan 22 darjah Celcius ke 37 darjah Celcius. Pada suhu sejuk, elektron sukar untuk bergerak dari anod ke katod disebabkan rintangan dalaman yang tinggi

Malah pada suhu sejuk juga, bateri gagal menerima caj yang laju sama seperti keadaan yang lebih panas

Google ads
Back to top button