Buletin

SUPER RARE LAFERRARI APERTA TERAKHIR INI DIJUAL PADA HARGA RM42 JUTA! (USD9.9J)

Masih ingat dengan pengumuman yang dibuat oleh Ferrari untuk melelong Aperta terakhir mereka minggu lepas? Ia berakhir dua hari lepas dan angka yang dicatatkan sangat luar biasa – USD 9.9 juta atau 8,300,000 euro!

Ia melebihi anggaran yang ditetapkan pihak Ferrari sendiri yang menjangkakan jualan akan berada pada paras 3,000,000 hingga 4,000,000 euro.

Lelongan ini diadakan bersempena dengan acara “Leggenda e Passione” dan ia dikendalikan oleh firma lelongan terkenal RM Sotheby. Program ini diadakan di litar Fiorano milik Ferrari dan dianggap lelongan paling penting dalam sejarah syarikat tersebut.

BACA: APERTA “N.O.S” RM31 JUTA!

Ia merupakan model Aperta terakhir dari keseluruhan 209 unit terhad yang dikeluarkan oleh Ferrari. Untuk menjadikannya lebih istimewa, Ferrari memberikan sedikit sentuhan berbeza pada model terakhir ini.

Ia dilengkapkan dengan dengan warna asal merah Rosso Fuoco tetapi digandingkan bersama garisan perlumbaan Bianco Italia pada bahagian bonet depan dan belakang untuk membezakannya dengan 209 model sebelum ini.

Kesemua wang hasil lelongan tersebut telah diserahkan kepada badan kebajikan “Save the Children” yang akan digunakan bagi program pendidikan antarabangsa

 

Tags
Google ads
Back to top button