Motosikal

SUZUKI GSR750 – RM53,888

Tidak lama selepas memperkenalkan empat Suzuki Big Bike iaitu Hayabusa, GSX1250FA, GSX-R1000 ABS dan V-Strom 1000 ABS pada Mac lalu, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) sekali lagi mengujakan peminat motosikal tempatan dengan satu lagi model yang begitu dinanti-nanti.

Suzuki-GSR-750-mekanika (2)

Menggabungkan ciri moden dan futuristik, model mid-range Suzuki GSR750 sememangnya memiliki kelebihan tersendiri.

Para penunggang pastinya akan menyukai enjin bersesaran 749cc yang penuh kuasa. Enjin DOHC 4 lejang, 4 silinder dengan sistem penyejukan cecair dan pancitan bahan api itu turut digunakan pada model Suzuki GSX-R750.

SONY DSC

Ia telah ditala untuk menawarkan kuasa mencecah 105hp @ 10,000rpm dan tork maksimum 80Nm @ 9,000rpm. Kuasa itu kemudian dialih ke roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan.

Kualiti tunggangan banyak disumbang oleh fork terbalik bersaiz 41mm pada roda hadapan. Roda belakang pula menggunakan suspensi jenis linkdengan penyerap hentak tunggal yang boleh dilaras sehingga tujuh tahap.

Suzuki-GSR-750-mekanika (21)

Aspek keselamatan penunggang dipertingkatkan lagi menerusi sistem brek ABS yang terdiri daripada brek cakera berkembar bersaiz 310mm dengan dua angkup pada roda hadapan. Ia dibantu oleh brek cakera pada roda belakang bersaiz 240mm dengan angkup tunggal.

Motosikal ini dilengkapi rim aluminium rim 17 inci dengan tayar tanpa tiub berukuran 120 / 70ZR17M / C (58W) di depan dan 180 / 55ZR17M / C (73W) di belakang.

SONY DSC

Pengarah Urusan, Suzuki Assemblers, Toru Kobayashi memberitahu pihaknya komited terhadap pasaran motosikal berkuasa tinggi tempatan. Justeru, Suzuki Assemblers bakal memperkenalkan lima lagi model baharau pada tahun depan.

Model-model itu ialah GLADIUS ABS (SFV650 / A), V-Strom 650 ABS, V-Strom 650XT ABS, GSX-S1000 ABS dan GSX-S1000F ABS serba baharu.

SONY DSC

“Kami juga akan menambah bilangan wakil jualan motosikal berkuasa tinggi Suzuki di seluruh negara demi memberikan perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan. Semua wakil jualan motosikal berkuasa tinggi Suzuki mempunyai juruteknik terlatih dan dilengkapi peralatan diagnostik terkini,” tambah Kobayashi.

Suzuki Assemblers juga menyimpan stok alat ganti tulen yang mencukupi di Pulau Pinang. Jadi, para pelanggan tidak perlu bimbang mengenai kebolehdapatan alat ganti tulen Suzuki.

SONY DSC

Suzuki GSR750 yang didatangkan dalam warna putih dan hitam boleh anda miliki pada harga bermula RM53,888 seunit.

Maklumat lanjut mengenai Suzuki GSR750, sila hubungi talian 04-3977 453 atau 04-3977 091 dan layari laman web: www.suzuki.com.my
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSuzuki-GSR-750-mekanika (22)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button