Buletin

NISSAN SERENA S-HYBRID FACELIFT

Edaran Tan Chong Motor  (ETCM) baru-baru ini mengumumkan bahawa tempahan untuk model Nissan Serena S-Hybrid facelift telah dibuka.

Nissan-Serena-S_Hybrid-facelift-mekanika (1)

MPV yang hadir dalam dua varian iaitu Highway Star serta Premium Highway Star itu akan ditawarkan pada harga anggaran di bawah RM140,000 dan150,000 seunit.

Antara penambahbaikan yang diberikan ialah rekaan gril hadapan tiga dimensi. Lampu utama, lampu signatur dan lampu belakangnya kini menggunakan lampu jenis LED. Lampu-lampu tersebut menawarkan iluminasi yang lebih pantas dan terang. Penampilannya itu disempurnakan lagi dengan rim aloi bersaiz 16 inci.

Aspek mekanikal Serena S-Hybrid tidak berubah. Ia masih menggunakan enjin empat silinder, 16 injap, DOHC dengan CVTC berkembar dan sistem pancitan bahan api terus. Enjin yang dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT itu kemudian dibantu oleh sistem S-Hybrid yang terdiri daripada ECO Motor, generator dan bateri kedua. Di samping mode Eco dan ciri Idling Stop/Start.

Nissan-Serena-S_Hybrid-facelift-mekanika (3)

Mampu menghasilkan kuasa mencecah 147PS dan tork maksimum 210Nm, kenderaan keluarga ini berupaya mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 15.2km/l.

Bagi kemudahan pemandu dan para penumpang, MPV dengan tiga baris tempat duduk itu hadir bersama ciri-ciri seperti tayar ganti, sistem kemasukan tanpa kunci, pintu sisi kuasa, butang penghidup enjin dan cruise control.

Varian Premium Highway Star pula ditambah dengan ciri-ciri seperti panel LCD bersaiz 10.1 inci, paparan skrin 6.5 inci untuk navigasi, kamera undur, pemain DVD, ketersambungan iPod, USB dan Bluetooth, tempat duduk dibalut kulit dan banyak lagi.

Melihat dari segi keselamatan pula, Serena S-Hybrid yang dipasang tempatan (CKD) itu dilengkapi dua beg udara, Vehicle Dynamic Control (VDC), Hill Start Assist, selain ISOFIX serta sistem brek ABS dengan EBD dan BA.

Maklumat lanjut mengenai Serena S-Hybrid, sila layari laman web: www.nissan.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button