
SUZUKI VIETNAM LANCAR RAIDER R150 SPECIAL EDITION. HARGA RM8,900 SEUNIT
Suzuki Vietnam secara rasmi melancarkan Raider R150 Special Edition yang menampilkan rekaan lebih sporty dan moden.
Motosikal terbaharu itu ditawarkan dengan pilihan gabungan warna menarik perak-hitam-merah, merah-hitam dan biru-perak-hitam.
Ia dijual pada harga bermula 49,990,000 dong (RM8,920).
Rekaan dan sentuhan warna Raider R150 Special Edition mendapat ilham daripada tiga model legend Suzuki iaitu Katana, GSX-R1000 dan GSX-RR.

Jentera memiliki berat 109 kg tersebut dilengkapi lampu hadapan LED untuk pencahayaan lebih terang dan lampu belakang berbentuk bulat.
Raider R150 terbaharu itu mendapat khidmat enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 147.3cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) yang menjana kuasa mencecah 18.5hp dan tork 13.8Nm dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Selain itu, ia hadir dengan tangki minyak berkapasiti 4 liter dan ruang simpanan di bawah tempat duduk.
Motosikal edisi terhad itu didatangkan panel meter LCD digital yang memaparkan pelbagai informasi termasuk spedometer, takometer, posisi gear, bar petrol dan trip perjalanan. – Suzuki Vietnam
- BACA: SUZUKI SWIFT SPORT 2021 MENDARAT DI MALAYSIA. ENJIN TURBO BOOSTERJET 140HP, PLATFORM HEARTEC, RM139,900
- BACA: SUZUKI GIXXER SF MASUK PASARAN THAILAND. HARGA BERMULA RM17K
- BACA: SUZUKI RG SPORTS 2002 BUATAN MALAYSIA NAK DIJUAL PADA HARGA RM142K DI VIETNAM
- BACA: 4 DEKAD PEGANG JAWATAN. AKHIRNYA PENGERUSI SUZUKI UNDUR DIRI PADA USIA 91 TAHUN