
SUZUKI GIXXER SF MASUK PASARAN THAILAND. HARGA BERMULA RM17K
Suzuki melancarkan jentera sports full-fairing terbaharu, Gixxer SF di pasaran Thailand.
Model terbaharu itu merupakan jentera pertama pengeluar tersebut dilancarkan pada tahun ini di negara terbabit dengan menampilkan rekaan konsep ‘Lifestyle Sport Bike’.
Gixxer SF didatangkan dengan dua pilihan warna biru dan hitam dijual pada harga 128,800 baht (RM17,160).
Jentera dibangunkan reka bentuk moden itu mendapat ilham daripada rekaan Eropah sesuai ditunggang di bandar dan mengembara pada jarak jauh.

Ia ddidatangkan berat 160 kg dengan tangki berkapasiti12 liter dilengkapi lampu depan dan belakang LED.
Selain itu, jentera terbaharu itu mendapat panel meter LCD digital yang memaparkan pelbagai maklumat kepada penunggang.
Gixxer SF mendapat khidmat enjin 4-lejang 249.1cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api dan Sistem Penyejukan Minyak Suzuki (SOCS), yang digunakan pada jentera Suzuki MotoGP dipadankan transmisi manual 6 kelajuan.

Dari segi keselamatan, ia menggunakan sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang, kaliper brek BYBRE By Brembo dan dipadankan Sistem ABS pada kedua-dua tayar.
Sistem suspensi, Gixxer SF hadir dengan fork teleskopik di bahagian hadapan dipadankan tayar bersaiz 110/70-R17 M/C 54S (depan) dan 150/60-R17 M/C 66S (belakang).
Bagi memudahkan para penunggang, jentera tersebut turut dilengkapi Intelligent Push Start System. – GreatBiker/Suzuki Thailand
- BACA: SUZUKI RG SPORTS 2002 BUATAN MALAYSIA NAK DIJUAL PADA HARGA RM142K DI VIETNAM
- BACA: 4 DEKAD PEGANG JAWATAN. AKHIRNYA PENGERUSI SUZUKI UNDUR DIRI PADA USIA 91 TAHUN
- BACA: SUZUKI HAYABUSA 2021. LEBIH AERODINAMIK, 187HP, TOP SPEED 300KM/J
- BACA: RAMPASAN KUASA DI MYANMAR, SUZUKI HENTIKAN SEMENTARA OPERASI DUA KILANG DI YANGON