Buletin

SUZUKI MEGA ROADSHOW KE-2

Suzuki Malaysia Automobile (SMA) telah melancarkan Suzuki Mega Roadshow ke-2 ke seluruh negara yang bermula di Lembah Klang. 

Suzuki-Mega-Roadshow-mekanika (2)

Siri jelajah ini menjanjikan peluang buat para peminat dan penggemar Suzuki untuk menikmati tawaran-tawaran hebat bagi semua model Suzuki. Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang bertemu dengan selebriti dan peminat Suzuki iaitu Keith Foo dan Ustaz Hanafi.

“Mega roadshow inimenjadi cara terpantas bagi orang ramai memiliki model Suzuki kegemaran masing-masing,” kata Pengarah Urusan SMA, Keiichi Suzuki.

Suzuki-Mega-Roadshow-mekanika (6)

Antara model yang ditawarkan pada harga promosi ialah Suzuki Swift dan Suzuki Swift Sport. Sepanjang siri jelajah ini,  pelanggan boleh menikmati promosi dan tawaran seperti rebat tunai sehingga RM7,000 serta kadar pembiayaan menarik serendah 1.68 peratus bagi model-model terpilih. Pelanggan yang pandu uji model Suzuki kegemaran mereka juga berpeluang memenangi wang tunai sebanyak RM10,000!

Suzuki-Mega-Roadshow-mekanika (5)

Suzuki Mega Roadshow turut dimeriahkan dengan kemunculan selebriti tempatan, Keith Foo dan Ustaz Hanafi di lokasi-lokasi terpilih.

Keith Foo akan membuat penampilan khas di antara pukul 2.00 sehingga 3.30 petang di eCurve, Mutiara Damansara pada 22 November, Queensbay Mall Pulau Pinang (6 Disember), Komtar Johor Bahru (25 Januari) dan Dataran Pahlawan Melaka Megamall pada 30 Januari.

Suzuki-Mega-Roadshow-mekanika (1)

Sementara Ustaz Hanafi pula akan hadir di antara pukul 2.00 sehingga 4.00 petang di pusat membeli-belah AEON Seri Manjung, Perak pada 29 November, AEON Mall Bukit Mertajam Pulau Pinang (13Disember), Mydin Mall Kuala Terengganu (20 Disember), KB Mall, Kota Bharu (10 Januari) dan East Coast Mall, Kuantan (17 Januari).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button